SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Golongan Modenisasi dan Demokrasi dalam "Islam Liberal"

I S N I N, 3 0  O G O S   2 0 1 0


Golongan ini biasanya berpendidikan dan bijak pandai.Pergerakan mereka sistematik dan tersusun.Percakapan mereka bernas dan banyak memukau pendengar.Perwatakan mereka menarik dan kemas.Mereka pandai mengkomersilkan diri mereka.Ada di antara mereka bergerak di bawah pergerakan Islam dan ini adalah seseuatu yang normal dan menjadi kemestian bagi golongan Islam Liberal mencucukkan jarum mereka.Mereka akhirnya akan terlibat dalam politik yang menjadi tujuan mereka.

Mereka berfikiran terbuka.Mereka amat menghormati agama-agama lain dan bersetuju dengan dialog antara agama (interfaith dialogue) yang sebenarnya menghentam Islam semata.Mereka gemar berkawan dengan rakan-rakan dari luar negara yang menaburkan pujian dan harta benda ke tubuh mereka.Yahudi Zionis pun dianggap saudara sendiri bukan seperti para mufti yang asyik menghentam (menegur sebenarnya) keterlanjuran mereka menghuru-harakan umat Islam.Golongan ini terdiri daripada ahli politik,pemimpin-pemimpin dan ahli korporat.Mereka amat menghormati hak-hak individu dan kebebasan bersuara.Bagi mereka sesetengah hukum Islam terutamanya HUKUM HUDUD melanggar hak asasi manusia.Tidak ada cita-cita untuk melaksanaka sepicing pun hukum Jinayah Islam dalam pemerintahan dan undang-undang negara.Sebut sahaja "HUDUD" mata mereka seakan terbelalak dan tiba-tiba tubuh terasa panas seperti mahu demam.Begitu bencinya mereka terhadap HUKUM ALLAH Maha Pencipta yang menciptakan mereka dari air mani yang hina,tetapi bila sudah terasa gagah mahu mencabar pula hukum Allah.Sebut "HUDUD" tergambar tangan yang terpotong,padahal tidak semudah itu hukum Islam menjatuhkan hukuman ke tahap potong tangan.Ada saksinya,ada perbicaraannya,ada budi bicaranya.Jika tidak cukup saksi,pesalah akan dihukum cara lain seperti dipenjarakan atau denda.Belajarlah bab Jinayah (kenegaraan) iaitu bab pentadbiran negara dan undang-undang dalam Islam.Ini tidak belum apa-apa lagi sudah sudah menghentam hukum Islam dan semua bab berkaitan peraturan dalam Islam diperlekehkan.Mungkin bab mandi wajib sahaja yang digemari oleh golongan Islam Liberal ini.


Mereka tidak berasa yakin dengan Islam walaupun mereka ada yang dilabel sebagai pemimpin Islam,modenis Islam,pejuang pembaharuan Islam dan sebagainya.Perasaan 'inferiority complex' terlampau menebal dalam diri mereka sehingga sanggup mencium tangan Yahudi,Illuminati-Dajal dan Kristian demi sesuap nasi,sekelumit sanjungan dan sedikit rasuah berbentuk pangkat dan jawatan.

Begitulah di antara jenis-jenis golongan Islam Liberal yang menjadi parasit dalam umat Islam.Golongan ini amnya memiliki ketidakyakinan diri (lacking in self-confidence) terhadap agama sendiri dan cenderung menafsirkan agama berdasarkan akal.Mereka juga sering membandingkan agama sendiri dengan agama-agama lain berdasarkan PENGANUT ISLAM BUKAN KEBENARAN DAN KEINDAHAN ISLAM ITU SENDIRI.Sebab itu Yusof Islam (Cat Steven) pernah berkata:"Aku bersyukur kerana mengenali Islam terlebih dahulu sebelum mengenali orang-orang Islam"

Mereka selagi mengaku Allah s.w.t adalah Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul-Nya perlulah bertaubat dan insaf.Mereka perlu disedarkan.Mereka sebenarnya telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan.Sama ada mereka sedar atau tidak,mereka telah menjadi sebahagian dari barisan hamba-hamba Dajal Laknatullah untuk mengelirukan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka dari satu-satunya agama yang diredhai Allah s..w.t .

Berhati-hati dengan golongan ini.PERHATIKAN KE MANA ARAH TINDAKAN MEREKA DAN SETIAP PERCAKAPAN MEREKA.Rujuk ini selalu.Insya Allah anda tidak akan terperangkap dalam permainan kotor mereka.

 * EYKL : Pss, JIKA DIFIKIRKAN SEMULA, NEGARA KITA NI SEBENARNYA MENGAMALKAN ISLAM APA ? TEPUK DADA, TANYA IMAN . ^^ *