SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Say Hi to 2011 part II

S A B T U,  1  J A N U A R I   2 0 1 1




   Hahahaa . See up there ? Its 2011 dude ! 2010 dah pun MENINGGALKAN kita semua . Semua yang terjadi pada tahun 2010 telahpun BERLALU . Yang pahit, yang manis tetap hidup dalam memori . Tiada JALAN untuk kita berpatah balik ke belakang . Yang ada hanyalah maju, maju, dan terus MAJU kehadapan mengharungi pelbagai rintangan yang menanti pada 2011 . Bagi aku, tahun 2010 adalah tahun yang TAKKAN aku lupakan . Dan tahun 2011, pastinya akan mendatangkan sesuatu yang lain dan lebih mencabar .
     Okey, last words, Dear my fellow Form 5 comrades, 2011 is our 'Senior Year' and our Last Gamble ! We will have SPM examination this year ! And this year is our last year here in SMKKPPI . Come on, let us finish this year with glorious VICTORY and SUCCESS ! Let us create our own HISTORY and LEGEND here ! Together we stand ! Lets RUMBLE ! Yaaahoooo !


* EYKL : Kemuncak Zaman Kegemilangan kita sudah sampai*
   


Say Hi to 2011 part I

A Z A M  T A H U N  B A R U





       Tahun baru, mesti ada azam baru kan ? Well, aku takda la banyak sangat azam tahun baru . Hanya 3 sahaja . First, aku nak jadi LEBIH BAIK dari sebelum ni . Second, aku nak cuba luluskan 3 subjek maut ni, BIO, KIMIA dengan Add Math @ Add Mad . 3rd, aku nak tamatkan persekolahan aku dengan banyak pencapaian KOKURIKULUM samada peringkat sekolah atau luar sekolah .
        Apa yang aku ingin ketengahkan ialah yang ketiga, tamatkan persekolahan dengan banyak pencapaian KOKURIKULUM . Bunyinya menarik . Memang menarik pon . Yaaaa, target aku ialah masuk perbarisan membawa bendera-bendera kejohanan masa Hari Sukan nanti, sertai acara lompat kijang, mendapat Johan Kawad Kaki Kokurikulum (KRS Putra dan Putri), menyertai semua program KOPERASI, menyertai Mahrajan Kesenian Islam dalam acara Seni Khat Islami (tu pon kalau Mahrajan Kesenian Islam ada lagi) dan bermacam-macam lagi . Inila tahun terakhir aku nak merasa benda-benda macam ni . Lepas ni tak merase dah . T____T Okey, daaaa .
    
   


5th Day on Duty (2010 Last Stand)

J U M A A T,  3 1  D I S E M B E R  2 0 1 0

  Hari kelima . Hari ni kami bertugas sampai 12 tengah hari saja . Ramai MEMBER yang datang hari ni sebab amik buku teks Form 5 . Seronok dapat jumpa kawan-kawan . Well, special tengks to Cikgu Azizah sebab belanje kami KFC hari ni ! Hehehee . Terima kasih banyak-banyak ya cikgu ! .

Mereka nampak seperti sdg bincangkan sesuatu


Tengok tu, Nabil sampai berdiri nak ambil ayam . hahaha . lapa sangat

Sedapnya Mie makan
  
   Okey, tu cerita pagi tadi . Ni cerita malam ni pula . Malam ni aku mesej sama kekasih hatiku . Siapa ? Pandai-pandai korang la tau . Yang mana da tau tu, shhhhh, DIAM sudaa . Tak perlu aku beritahu apa yang dibicarakan, cuma aku SERONOK dapat KENAL dengan dia . Aku harap dia dapat apa yang dia mahukan jika ianya adalah jalan yang dia pilih dan baik untuknya . Lagi beberapa minit nak pukul 12 pagi (New Year 2011) aku send la mesej new year yang aku karang dekat 1/2 jam . Mesej yang dia balas balik memang memberikan aku 1001 perasaan gembira+terharu . Aku takkan padam mesej new year yang dia balas tu . Aku akan simpan sampai bila (siap buat backup). Terima kasih, Thank You, Syukran, Xie Xie . May 2011 give Us a 'FLOWER of HOPE' . I Love You, Ika ^^





4th Day on Duty ( My Heartbeat 100 times faster)

K H A M I S,  3 0  D I S E M B E R  2 0 1 0

   Hari keempat ditemani oleh Nazmi, Farhan Azhar, Nabil dan kakak Farhan . Hari ni ada mesyuarat guru . Semua cikgu ada . Hari ni customer macam semalam juga . Tapi kali ni memang seronok . Hahaha . Kene puji lagi tu . Ada seorang Pakcik tu dia nak beli buku, " Dah siap packing teros ? Hebatnya . Macam ni la cemerlang . Ada gaya nak cemerlang nanti" . Bangga sekejap kitorang kene puji . Hahaha . Yang lagi seorang Pakcik tu, dia tanya aku, " Buku Tingkatan 7 ada ?" Aku tercungap-cungap bila dia tanya buku tingkatan 7 . Tapi pastu anak dia cakap kat ayah dia, mana ada tingkatan 7 . Hahaha . Aku pon pelik . Anak dia ada form 4 dan form 5 . Tapi aku tak pernah nampak pon . Budak baru rasanya . Ada seorang makcik tu dengan anak dia pula . Aku kenal anak dia, tahun depan Form 2agama . So, sebelum dia sampai aku dah sediakan buku form 2 . Makcik tu cakap kat aku,"Biar betul ? Cepatnya" . Hahahaa .
           Okey all, sampai disini sahaja Ceritera Koop pada kali ini . Ada lagi dua hari aku kena bertugas . Saksikan gambar yang berjaya ditangkap tadi . Enjoy ~

Hasil jualan yang dicatat .

Tatkala kebosanan, inilah gaya Mie yg tersendiri .

Farhan sempat lagi main game ye ? Hehehe

EYKL : Eh, asal kat tajuk post ni ada tulis ( My Heartbeat 100 times faster) ? Hahaha . Biarlah rahsia . Hanya mereka yang bertugas bersamaku di koop tadi yang tahu*
 


3rd Day on Duty (Special Day for Malaysia)

R A B U,  2 9  D I S E M B E R  2 0 1 0

Horrayyy ! Hehehe . Kenapa aku bersorak ? Ada sebabnya . sebelum tu, perkembangan hari ke tiga aku bertugas hari ini, tidaklah ramai pelanggan yang datang . So, kitorang agak rest la juga . Nabil takda hari ni, dia amik lesen . Yang ada cuma aku, Mie dengan Farhan Azhar . Turut datang membantu secara sukarela, Aiman Radzi kita ! Hehehe . Dia pengawas koperasi juga, cuma dia tak ditugaskan ketika cuti . Turut datang juga pada hari ini Diedie & Azim . Yeah !

Hari ni tak dapat dinafikan, memang memenatkan walaupun customer tak ramai . Ngantuk ya amat . Mie dengan si Farhan tu dah sampai tertido . Hehehe

Tu dia, Abang Diedie dengan Abang Azim kita ;)




       Okey, berbalik kepada apa yang aku tulis tadi . Kenapa bersorak ? Sebabnya, pada hari ini pasukan Malaysia telah berjaya memenangi Piala AFF Suzuki 2010  menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2 di stadium Gelora Bung Karno ! Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya ! Perlawanan akhir kedua ini berlangsung di Indonesia . Sebelum ini Malaysia telah menewaskan Indonesia 3-0 di Bukit Jalil . Walaupun skuad Harimau Malaya tewas 1-2 di Indonesia, tetapi secara keseluruhan Malaysia menang dengan agregat 4-2 . Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali . Manakala Firman dan Riduan pula menjaringkan gol untuk Indonesia . Kedua-dua pasukan  bermain dengan cantik . Anugerah penjaring gol terbanyak dianugerahkan kepada Safee (5 gol) dan anugerah MVP (Most Valueable Player)  pula dianugerahkan kepada Firman dari Indonesia .
         Sekali lagi tahniah diucapkan kepada skuad negara kita . Pasukan Indonesia juga bermain dengan begitu semangat sekali . This final game was awesome . Both team play very well . Great team, great players and great game ! Kekalkan semangat kesukanan kita . Jangan GADUH-GADUH sesama sendiri . Jangan MAKI-MAKI sesama muslim ( Malaysia & Indonesia) . Kekalkan UKHUWAH kita semua . Sekian, wassalam .

* EYKL : Bila dah menang, kita bersorak . Jangan pula apabila tewas, kita maki . Kekalkan sokongan anda kepada skuad Malaysia walau apa jua keadaan sekalipun*





2nd Day on Duty (Rosnah With Us)

S E L A S A,  2 8  D I S E M B E R  2 0 1 0

         Hari kedua aku bertugas . Kali ni lagi memenatkan sedikit . Ada berbagai-bagai karenah customer hari ni . Ada yang peramah, terlebih ramah, cerewet, tak mesra alam & macam-macam lagi la . Tak boleh blah wooo . Letih kitorang hari ni . Biar aku imbas kembali  karenah customer yang agak CEREWET tadi. Ada la seorang kakak tu . Dia nak beli buku form 1 . Peramah gak dia tu . Tapi macam-macam dia tanya wooo . Antaranya, "Dik, asal banyak sangat buku ni ? Sume penting ke ? Dik, kad ni penting ke ? Dik, buku ni penting ke ? Fail ni penting ke ? Alaaa, RM 49.80 ? Kenapa ada 80 sen tu ? Asal baki 20 sen je ?" Aku dengan Biel tahan je ketawa . Lawak siot ! Kakak tu peramah, tapi CEREWETya amat . Hahahaa ! Ini la dinamakan pengalaman . Okey, sampai disini saja . Saksikan gambar-gambar yang sempat ditangkap ketika tadi ;)

Sempat lagi sembang-sembang .

Penampilan khas, Farhan @ Rosnah tgh kusyuk membaca surat khabar .

Ape tah Farhan buat tu .

Apabila tidak mahu mukanya ditayangkan, inilah yang terjadi .

Aku tau ko penat Mie @ Bawang . Takkan la sampai macam tu sekali . Hahaha

Going back home dude ;)




1st Day on Duty (The Beginning)

I S N I N,  2 7  D I S E M B E R  2 0 1 0

Assalamu'alaikum semua ! How are you going today ? Hari ni hari pertama aku bertugas di koperasi waktu cuti . Dengan semangat aku tiba ke sekolah untuk bertugas bersama kawan-kawan . Kakak farhan pon ada bantu sekali . Guru yg bertugas dengan kitorang Cikgu Azizah dengan Cikgu Basrah . Agak ramai juga customer yang datang . Tapi nasib baik tak datang satu rombongan . Diorang datang satu satu . Yang paling ramai ada 5 family sekali . Member-member aku pon ada juga datang . Letih gilak bertugas sampai pukul 1.50 ptg . Oke, kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat ditangkap pagi tadi .

Manje yg bertungkus lumus susun buku

Siapa mamat ni ? Hahaha . Ini la aku . Yaaa Tuan,Puan,Dato',Datin,Pakcik,Makcik,Abg,Kakak, ada apa yang bole saya bantu ?

Mereka kembali ke zaman muda-mudi dahulu

Weeee ~
     

Congratulations, Chugha Haeyo

K H A M I S,  2 3  D I S E M B E R  2 0 1 0


     TAHNIAH diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 SMKPPI kerana telah cemerlang dalam PMR ! Seramai 9 orang telah mendapat 9A, 8 orang mendapat 8A dan 3 orang mendapat 7A . Satu pencapaian yang bagus . Tahniah diucapkan keyh . Korang cemerlang, mesti nak pindah ke tempat yang cemerlang gak kan ? So, mana-mana yang nak pindah tu, selamat jalan, jangan lupakan pula tempat dimana kejayaan kamu bermula . Jangan jadi kacang lupakan kulit . Yang mana stay kat sini, pon bagus .
     Kepada yang tidak berjaya mendapat keputusan yang diinginkan, terima saja keputusan yang korang dapat . Jangan bersedih, korang dah cuba sedaya upaya selama ini, cuma mungkin ada sedikit yang kurang atau tersilap . Anggaplah ini sebagai satu dorongan untuk korang berjaya pada masa hadapan . Kesulitan pada hari ini adalah untuk kesenangan hari esok . Ini semua suratan takdir . Pasrah dan redha okeyh . Jangan risau, korang ada lagi peluang nanti iaitu SPM, exam yang paling penting . Yang dah berlalu, biarkan berlalu pergi . Jangan toleh belakang dah . Pandang dan maju kehadapan . Maju ke masa depan . Now its time for all of you to begin a new challenge, new friends and new enviroment . Korang akan melangkah masuk ke alam Form 4 dimana Form 4 adalah tahun yang paling mencabar daripada sebelum ini . Percayalah cakap aku, sebab aku dah pun mengalaminya .
      Akhir kata, tahniah diucapkan sekali lagi kepada korang semua kerana telah mengharumkan nama SMKPPI . Selamat maju jaya kepada korang semua untuk melangkah masuk ke era SPM, the decicive one . Harapan aku kat kawan-kawan aku yang nak masuk form 4 nanti, aku harap kita still kawan lagi keyh walaupun ada yang akan berhijrah . Jangan sombong pula nanti . If nak sombong, bole terjun lombong . Kalau berubah pun biar la berubah ke arah kebaikan . Okey, wassalam ^^

 * EYKL : Ehem2 ! kalau ada yang berminat nak jadi pengawas koperasi tahun depan, cepat-cepat bagi nama kat cikgu Azizah . Jumlah terhad . (sempat lagi promote) *


All the Best

R A B U,  2 2  D I S E M B E R  2 0 1 0



           Tadaaa ! Nampak tak banner kat atas ni ? Haaa . Esok 23 Disember, hari dimana semua pelajar Tingkatan 3 mengambil keputusan PMR 2010 . So, aku ada ucapan sikit untuk korang semua especially yang aku kenal . Ucapan ni khas aku tujukan kepada Ika, Lin, Lela, Fyna, Ain Rizar, Iema, Q-na, Mas, Daus Anua, Wafie, Nadzmi, Azrin, Imran, Hasif, Aiman serta seluruh pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh Ipoh dan juga dari sekolah-sekolah lain yang aku kenal, semoga korang semua tabah dalam mengambil result nanti dan semoga korang dapat keputusan PMR yang cemerlang ! Terima sahaja result tu nanti dengan hati yang terbuka . Jika cemerlang, bersyukur, jika tidak mencapai apa yang diinginkan, jangan bersedih . Masih ada peluang lagi untuk korang iaitu SPM nanti . Bila dah berjaya dan cemerlang, jangan pula korang lupa diri keyh . Jangan bongkak pula . Sentiasa merendah diri tapi jangan sampai merendahkan martabat diri . Ilmu di dunia ni luas . Banyak lagi yang perlu dipelajari . Korang baru sahaja melepasi satu tahap . Again, good luck to all of you ! All the best ! Chaiyook chayiyook ! Naikkan nama SMK Kampung Pasir Puteh !

* EYKL : Jika kamu pergi, tinggalkan jejak yang boleh diingati sampai bila-bila*


Mozilla Fireporkx and Internet Exblower

Hampas macam kapas . Nampak tajuk kat atas tu ? Apa yang tak kena agak-agaknya ? hahaha . Aku memang dah tak tahan dah dengan MOZILLA FIREPORKX dengan INTERNET EXBLOWER nih . Tak habis-habis buat hal ja . Yang MOZILLA FIREPORKX dah macam BAB-1, INTERNET EXBLOWER lak blow my mind everyday ! Kat Mozilla, bila aku nak klik pergi website lain, dia teros jump ke website lain . Internet Exblower lak lagi bagus . Tekan new tab, teros hang new tab tu . Tak mau buat apa-apa dah . Apalah yang korang benci sangat kat aku sampai buat hal macam ni ? Nasib baik boleh guna lagi . Cuma bila time ada error tuh, nak je aku tetak skrin komputer ni dengan parang . Haish ! =.="




* EYKL : Amaran keras ! Penulis tengah tiada mood ketika menulis . Kesian dekat dia . Poor eykal*




Bahasa Sakai-Cikai (part 1)

Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang 'Bahasa Sakai-Cikai'. Haaaa, pelik kan ? Tak mengapa, korang teruskan membaca . Nanti korang faham . Aku lahir pada 1/6/1994 . So, aku tak terlepas dari zaman ICT yang serba canggih . Bahasanya pun memang 'canggih' . Aku pelik betul lah zaman sekarang ni . Budak-budak zaman sekarang kalau send mesej or chat, mesti bahasa/ayat yang diorang guna agak sakai . Contohnya ada tambah huruf 'W' dan sebagainya . Bahasa ni dinamakan sebagai bahasa 'Rempit', 'Pasar', 'Gedik' dan banyak lagi la namanya . Aku tunjukkan kat korang semua contoh-contoh perkataan asal yang telah diubah menjadi 'canggih'


  • Aku - Aq/Akuw
  • Dia  - Dyew/diew
  • Pun  - Pown
  • Itu    - Ituw
  • gila   - Glew/gilew
  • kau   - Kaw
  • mana - Mnew/manew
  • lupa   - Lpew/lupew
  • kot    - Kowt
  • kita    - Ktew/Kitew/titew/tew (nasib baik bukan Kuey-Tiaw)

Hahaha ! Macam sakai je kan ? Sebenarnya ada banyak lagi . Ada berpuluh-puluh lagi perkataan yang telah diubah suai menjadi 'canggih' . I will show it in next post .  Aku tak nafikan, dulu aku pun ada juga guna perkataan-perkataan macam ni . Masa tu aku tak berapa matang . Aku lebih suka dan selesa kalau guna bahasa 'skema' (eja penuh) . Ianya lebih menunjukkan kita matang berbanding guna ayat-ayat sakai macam kat atas ni . Aku pun tak tau lah mana datangnya stail ayat-ayat macam ni . Ini semua berdasarkan pengalaman aku . Okeyh guys, nantikan post terkini 'Bahasa Sakai-Cikai' . Selamat beramal semua .

* EYKL : Minta maaf sekiranya post ini membuatkan anda terasa . Penulis tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa . Tapi inilah realiti kehidupan sekarang*


Its Just Nearby

S E L A S A,  2 1  D I S E M B E R  2 0 1 0

    Assalamu'alaikum everybody . How are you going today ? What ? Ohhhh, ada aku kesah ? Hahaha . Inilah yang terjadi apabila kepala aku dilanda taufan . Hari ini 21 Disember . Lagi dua hari, 23 Disember . Hari dimana Keputusan Rasmi PMR 2010 dikeluarkan . Kenapa aku cakap pasal result pula ni ? Aku kan tahun depan nak SPM . Ya, ada kaitannya . Nanti dia nak ambil result Khamis ni . Member-member aku pun sama . Result PMR ni lah yang akan memberi impak dan mengubah sedikit sebanyak perjalanan hidup antara aku dan dia . Aku harap-harap la dia dapat result yang cemerlang . Tak lupa juga kepada kawan-kawan aku di Form 3 . Hahaha, dah2 . Lupakan pasal bendalah ni .
       Okey, hari ni ada tetamu khas datang ke rumah aku tengah hari . Nak tau siapa ? Dialah bakal kakak ipar aku . Kak Iqa (not Ika) . Hahaha . Makan tengah hari sama-sama dengan keluarga aku disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim . Kak Iqa baik orangya, lemah lembut bicaranya . Mak aku pun suka . Dan pada hari ni juga, setelah satu bulan lebih aku tunggu, akhirnya Kamus Inggeris Reader's Digest sampai juga kat rumah aku . Order bulan lepas, hari ni baru sampai . Dapat potongan harga, apa lagi, mak aku order la . Kamusnya, gila tebal . Besor lak tuh ! Dua kali lebih besar dan tebal dari kamus yang aku pakai sekarang . Tapi kan, memang berbaloi la . This dictionary is very useful, easy to use . Not same as ordinary dictionary .  I hope I will get A+ for my English in SPM next year .

Sebelah kiri Kamus Reader's Digest, sebelah kanan Kamus Longman yang aku pakai dari Form 1 sampai Form 4 . Gila tebal kamus baru aku . Hahaha . 1085 muka surat tebalnya .




* EYKL : Satu peluru boleh mengubah corak peperangan*


A collection of Funny Pictures 1

Chihuahua, Chihuahua . Today, aku nak share dengan korang semua koleksi gambar sakai yang aku jumpa kat internet . Haaaa, mari sama-sama kita saksikan . Enjoy

You all tengok, pandainya budak yang tulis ni kan ? hahaha


Perhatikan  bahagian yang dibulatkan . Walaupun dah kena tangkap, tapi still boleh action lagi .

Serupa tapi tak sama

Malas sangat masuk stadium, tiket mahal, kat situ pun jadi la . Ada bran ? hahaha

WTF ?

Kalau printer dah abes dakwat, macam ni lah jadinya .


Bored Sunday

A H A D,  1 9  D I S E M B E R  2 0 1 0


Tengok tajuk pon dah tau kan . Ahad yang sungguh membosankan . Tiada apa yang menarik pada hari ini . Kebetulan pula, member aku, Mat, mesej aku ajak pergi Extreme Park . Abang Lan pon ada sekali . Tapi malangnya, aku takda transport . Kalau ada pon, aku tak tau kat mana Extreme Park tu . hehehee . Takpe la, duduk rumah pon duduk rumah lah . Eh, siyes aku cakap, aku tak tau nak tulis apa hari ni . Hahahaa . K, bye2 .


Abang Lan (kiri) bersama Mat (kanan) . Rindu la kat diorang . Hehehe



Nokia X3-02 Touch n' Type

Hello guys . Hari ni aku nak introduce kat korang semua sebuah handphone yang agak menarik . Kepada mereka yang inginkan handphone yang mempunyai 3G, touch skrin serta keypad, kamera pixel tinggi, skrin yang besar, memori yang banyak dan harga yang berpatutan, aku syorkan korang beli handphone Nokia X3-02 Touch and Type . Ianya telahpun berada di pasaran beberapa bulan yang lalu . Harganya lebih kurang RM 588-RM 600 bergantung pada kedai yang korang pergi (tapi harga akan turun dari masa ke masa) .

Terdiri daripada pelbagai warna pilihan .

Touch and Type . Boleh guna kedua-duanya . Menarik kan ?

Skrin 2.4 inci yang memberi kepuasan kat korang .
Saiznya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil .


Selain itu, X3-02 juga mempunyai kamera 5 Megapixel, internal memory 50MB, Mikro SD card slot sehingga 16 GB . Skrin 2.4 inci tentunya memberi kepuasan kat korang terutama yang suka mesej dan letak gambar GF/BF sebagai wallpaper . Hahahaa . Handphone ni adalah calon pengganti kepada Nokia 5130 XM aku .Okey, sekian sahaja sampai disini .