SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

3rd Day on Duty (Special Day for Malaysia)

R A B U,  2 9  D I S E M B E R  2 0 1 0

Horrayyy ! Hehehe . Kenapa aku bersorak ? Ada sebabnya . sebelum tu, perkembangan hari ke tiga aku bertugas hari ini, tidaklah ramai pelanggan yang datang . So, kitorang agak rest la juga . Nabil takda hari ni, dia amik lesen . Yang ada cuma aku, Mie dengan Farhan Azhar . Turut datang membantu secara sukarela, Aiman Radzi kita ! Hehehe . Dia pengawas koperasi juga, cuma dia tak ditugaskan ketika cuti . Turut datang juga pada hari ini Diedie & Azim . Yeah !

Hari ni tak dapat dinafikan, memang memenatkan walaupun customer tak ramai . Ngantuk ya amat . Mie dengan si Farhan tu dah sampai tertido . Hehehe

Tu dia, Abang Diedie dengan Abang Azim kita ;)




       Okey, berbalik kepada apa yang aku tulis tadi . Kenapa bersorak ? Sebabnya, pada hari ini pasukan Malaysia telah berjaya memenangi Piala AFF Suzuki 2010  menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2 di stadium Gelora Bung Karno ! Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya ! Perlawanan akhir kedua ini berlangsung di Indonesia . Sebelum ini Malaysia telah menewaskan Indonesia 3-0 di Bukit Jalil . Walaupun skuad Harimau Malaya tewas 1-2 di Indonesia, tetapi secara keseluruhan Malaysia menang dengan agregat 4-2 . Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali . Manakala Firman dan Riduan pula menjaringkan gol untuk Indonesia . Kedua-dua pasukan  bermain dengan cantik . Anugerah penjaring gol terbanyak dianugerahkan kepada Safee (5 gol) dan anugerah MVP (Most Valueable Player)  pula dianugerahkan kepada Firman dari Indonesia .
         Sekali lagi tahniah diucapkan kepada skuad negara kita . Pasukan Indonesia juga bermain dengan begitu semangat sekali . This final game was awesome . Both team play very well . Great team, great players and great game ! Kekalkan semangat kesukanan kita . Jangan GADUH-GADUH sesama sendiri . Jangan MAKI-MAKI sesama muslim ( Malaysia & Indonesia) . Kekalkan UKHUWAH kita semua . Sekian, wassalam .

* EYKL : Bila dah menang, kita bersorak . Jangan pula apabila tewas, kita maki . Kekalkan sokongan anda kepada skuad Malaysia walau apa jua keadaan sekalipun*