SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

A day that make me LoL

S A B T U,  1 1  D I S E M B E R  2 0 1 0

       Assalamu'alaikum everyone . Looks like we meet again . Hari ni memang asyik hujan je . Pagi hujan tapi sekejap . Petang pun sama . Hari ni ada kenduri KAWEN kat sebelah rumah aku . Jiran aku punya kenduri . Jalan tak sampai 30 saat dah sampai . Sampai je, ape lagi, makan la . Dah nama pun kenduri . Lauk memang sedap-sedap, siap ada kuih-muih lagi . Khemah temanya warna PINK gitu . Then siap dengan kompangnya, marhaban, silat pon ada . Alaaa, gua tak heran la kalo setakat budak-budak kecik cikai tu yg peform silat . Tak nampak macam pesilat pon . Hahahaa .
          Kalau time aku punya kenduri lak nanti, aku nak warna hijau . Then aku nak ada macam kawad sikit . Orang-orang yang kawad tu kasi tabik hormat kat aku dengan future wife aku . Hahahaa . Tapi kan, setiap kali aku pergi kenduri kawen je, mesti aku rasa lain macam ja . Feeling n' mood aku berubah . Seronok pon tak, tak seronok pon tak . Fikiran aku seolah-olah terganggu . Bukan sebab aku pon tak sabar nak kawen ye . Bukan pasal tu . Ingat tu . Tapi pasal lain . I'll tell ya next time about this .
         

           Hari ni cuaca sejuk je . Hujan lak tu . Memang menenangkan . Malam ni, aku pun tak tau nak buat apa . Mak aku lak sibuk nak uruskan surat dari Reader's Digest . Ada contest, hadiah lumayan . Abang aku lak kerja dekat Burger King yang dekat JJ tu . Jangan main-main, burger pon ade King . King apa ? King Kong ! hahaha . Lepas dinner, aku basuh la pinggan . Tengah-tengah asyik membasuh pinggan, tiba tah macam mana boleh terpecah lak pinggan tu ! Sampai luka tangan aku, berdarah menitik-nitik . Adesss ! Mak aku pon cakap la, " Apee tuuu Kalllll .  Buat terkejut orang je". Hahaha . Dia tak marah pun . Then aku plaster la tangan aku yang luka tadi uh . Nak buat macam mana, dah sampai masanya pinggan tu pergi, pergi lah ia .
          Then aku mesej la "permataku" . Lama juga aku tunggu dia balas . Aku solat Isya' dulu . Then, aku tengok HP ada mesej . Tapi kan, tulis kat skrin tu Mak I**** ! Allahuakbarrr ! Terkejut king-kong aku dibuatnya ! Gile lahh ! Ntah-ntah mak dia nak marah aku ke . Lama juga aku tunggu nak buka mesej tu . Aku off dulu hp aku, then buka balik . Mana la tau kot-kot tu cuma khayalan je . Aku gagah-gagahkan juga untuk buka . Tengok-tengok, laaaa . Dia rupanya . Dia cakap dia takda kedit tu yang guna hp mak dia tu . Adesss . Mati-mati la aku ingatkan ape tadi . Then dia mesej aku guna hp kakak dia . Adoiii . Nak tergelak pon ada aku . Dahla pinggan pecah tadi . Hahaha . Okeyh, sampai sini saja . See ya all again in the next post . Wassalam .

Nampak macam kecik je lukanya . Tapi korang tak tau apa yang ada disebalik plaster tu . Kulit tercabut . Sebelum aku plaster, darah penuh . Nak buat dakwat pen pon boleh .