SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

10 Most Unforgettable Memories of 2010

       Okeyh guys . 2010 telahpun berlalu . Setiap tahun mesti ada peristiwa manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan, betul tak ? Haaaa, so dalam post yang kali ini saya ingin share 10 Peristiwa yang tidak dapat dilupakan pada tahun 2010 . Kesemuanya adalah berdasarkan yang paling memberi impak dan kenangan manis dalam hidup saya . Kita akan mulakan dari 'Number 10 sehinggalah yang Number 1' . Are you ready guys ? Come on, lets go !

 NU M B E R  1 0...

'Hari Koperasi'

        Hari koperasi . Ya hari koperasi adalah hari yang memang ditunggu-tunggu oleh semua pengawas, AJK/ALK koperasi dan juga mereka yang terlibat dengan KOPERASI . Ianya disambut setahun sekali . Ketika Hari Koperasi peringkat Sekolah, aku telah ditugaskan untuk MEMBACA ucapan daripada Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Kabinet dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan . First time aku BERUCAP di hadapan KHALAYAK ramai . Agak NERVOUS sikit mulanya . Tapi Alhamdulillah aku berjaya membacanya dengan tenang . Tak lupa juga, kumpulan aku menang tempat kedua jualan terbanyak . Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan abang-abang form 6 . Terima kasih kepada semua pelanggan yang membeli ketika waktu kitorang bertugas . Terima kasih banyak-banyak ^^

N U M B E R  9...

'Majlis Tadarus al-Quran'

     Majlis Tadarus al-Quran ni diadakan sehari sebelum cuti sekolah nak dekat raya tu . Yang terlibat dengan Majlis tu Form 4, Form 2 dan Form 1 . Semua kena pakai baju Melayu bagi lelaki dan perempuan pula Baju Kurung . Aku pembaca PERTAMA (Surah ad-Dhuha) duduk DEPAN sekali . SEGAN bhaaiii =.=" Dah la masa aku baca, tak dapat mikrofon . Mikrofon lambat sangat sampai . Pembaca kedua baru dapat mikrofon . Hahaha . Tak kisahla aku .
      Yang paling best masa ni, ada majlis bersalam-salaman dengan guru . Dalam hati aku berkata, " Kalau murid perempuan, dengan guru perempuan lah diorang salam . So, 'DIA' mesti la salam MAK aku nanti...waaaa !" . Memang betul pon . Aku dengan kawan-kawan aku dok usha je 'DIA'. Bila dia dah nak sampai turn salam maka aku, kawan-kawan aku sibuk buat 'COUNTDOWN' . Hahaha . Bila dia salam mak aku, kawan-kawan aku mula la sakat aku . Diorang cakap, " Akhirnya ! Dapat juga RESTU ! " . Hahaha . Lawak betul la kawan-kawan aku ni . Dan pada hari ini juga, aku dapat kad raya dari 'DIA' . Special thanks to Lela & Jiha sebab sampaikan kad tu kepada aku . Terharu aku baca kad tu . Terima kasih . . .


N U M B E R  8...

'English Teater'


  Yess ! Saat ini yang amat menarik ! English teater . Apa yang menariknya ? Nak tau ? Teater ni menggabungkan kelas aku (4Sains3) dengan 3Agama1 dan 3Agama2 . Maknanya, 'DIA' ada sekali la . Segan berganda la aku dibuatnya . Masa latihan BERSAMA pada hari Sabtu kalau aku tak silap, tiga-tiga kelas yang terlibat datang sekali . Aku agak malu sikit masa tu . Tapi aku CONTROL la . Hahaha =.=" Teacher Nisha la, dia bagi aku watak utama, JACK . Tajuk teater tu 'Jack and the Beanstalk' . 'DIA' masuk bahagian CHOIR . Memang saat ni saat yang tidak akan aku lupakan . . .



N U M B E R  7...

'Journey to KL'

      Journey to KL ni rombongan kelas Sains Pertanian (4 & 5 Sains 3) ke Shah Alam dan KL . Tempat yang pertama dituju ialah Taman Pertanian Malaysia . Kemudian banyak lagi la tempat yang dituju . Tempat akhir sekali kalau tak silap aku, Time Square . Tempat untuk SHOPPING ! hahaha . Barang kat sana terlalu banyak pilihan dan murah-murah . Memang rambang mata korang kalau pergi sana . Aku takda la beli apa sangat . Just spek Ray Ban dengan Jungle Belt . Jungle Belt tu aku beli kat satu kedai tu, aku lupa namanya . Dalam kedai tu ada jual pakaian TENTERA US, Boot dan banyak lagi . Masa aku nak bayar Jungle Belt tu, aku sembang-sembang dengan cina kedai tu . Laaa, dia stay kat Medan Gopeng rupanya ! Hahahaa . Jauh berniaga . Yang paling ta bole bla, Suraya wat group CHOIR dalam bas masa nak balik . Bingit telinga aku . Dah la malam, diorang nyanyi lak kat belakang . Macam-macam lagu ada . Dah macam radio . Hahahaa . Well, macam-macam lagi la peristiwa masa ROMBONGAN ni . Aku harap tahun depan ada lagi .



N U M B E R  6...

'Kembara Raya'

    Yaaa, KEMBARA RAYA . Kembara ini bermula dari 14 September sehingga 20 September . Pergi beraya dan ziarah rumah kawan-kawan termasuklah rumah 'DIA' . Hehehee . Inla kali pertama kitorang pergi . Itupun sebab aku yang ajak, aku punya PLAN . Macam biasa, member-member aku memang suka menyakat . Time sampai kat rumah 'DIA', semua bajet nak masuk sama-sama . Bila aku dah masuk dalam, aku tengok belakang, member aku semua berdiri kat luar pagar lagi sambil ketawa kat aku . Ceyt ! Segan gila ! Kalau tanya siapa yang SPOIL, jawapan aku ialah JUN . Hahaha ! Nak tau sebab apa ? Sebabnya, Jun TUMPAHKAN Mi kari masa dekat rumah 'DIA' . Segan aku dibuatnya . Nasib baik la ada member-member lain lagi kat situ . Dari hari pertama hinggalah hari last, aku kira dekat 20 rumah kita ZIARAH ! Waaaaa ! Harapan aku, tahun depan kita bawak lebih RAMAI member . Tahun ni lebih kurang 10-12 orang yang join, tahun depan aku harap 15 orang . Aku pula ada lesen kereta tahun depan . Yeah ! Tahun depan, rumah pertama adalah rumah. . . tak perlu la aku cakap. Korang kan pandai meneka . Hehehee .



N U M B E R  5...

'Aku Seorang GURU'

     Ini juga salah satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan . Satu peristiwa yang MANIS . Teruskan pada ceritanya, aku mengajar 'DIA' with her bestfriend to write Islamic Calligraphy at School Library . Aku tak nafikan, memang susah sedikit untuk mengajar menulis ni .  Bukan tulis ABC ya, tapi Alif Ba Ta dalam bentuk THULUTH . Khat Thuluth ni yang paling susah antara semua jenis khat .  Aku cakap kat diorang, semasa menulis tangan jangan menggeletar, tapi tangan aku sendiri yang menggeletar ! Masa aku buat demonstrasi menulis, tangan aku 'VIBRATE' sehinggakan diorang tegur tangan aku menggeletar =.= "Tapi tak mengapa, asalkan mereka dapat sikit-sikit ilmu menulis khat ni . Ada juga peristiwa yang melucukan masa aku mengajar diorang menulis . Tapi taknak la aku tulis, biarla hanya aku, 'DIA' dan kawan baiknya sahaja yang tahu . Hehehee .

N U M B E R  4...

'Last Day Riot'

    Peristiwa ni berlaku pada hari terakhir persekolahan . Memang bes gila waktu ni . Cikgu tak masuk kelas pun . Kitorang Form 4 semua duduk kat kelas Form 3 tingat bawah sekali sebab Form 5 guna kelas kitorang untuk SPM . Memang kecoh gila waktu ni . Semua merayau-rayau sana sini . Yang paling tak bole blah, main TEPUNG dengan BEDAK ! Aku sekali terkena TEMPIASNYA bhaaiii ! =.=" Then ada budak form 5 main paip air bomba tu . Dia tembak dari tingkat atas sekali . Dah macam hujan dah beb ! Hahaha . Aku cadangnya nak jumpa 'DIA', tapi tak kesampaian kali ni . Apa-apa pun, last day kat sekolah ni memang syok abes !




N U M B E R  3...

'The Castellos'

    Agak-agak korang lah kan, apa kejadahnya CASTELLO tu ek ? Pernah tengok tak filem CASTELLO yang dibintangi Rosyam Nor ? Hero dia botak dalam filem tu kan ? Haaaa, sama la dengan peristiwa kali ni . Buat pertama kali dalam sejarah peradaban manusia, MOHAMMAD HAIKAL HARUDDIN telah merelakan rambutnya di-BOTAKKAN . Ini semua sebab KRS la . Aku, Farhan, Nazmi dengan DieDie telah menyertai ujian kenaikan PANGKAT KRS di IPGM Ulu Kinta . Peraturannya mestilah BOTAK . Beberapa bulan selepas tu kitorang pergi pula Kursus Jurulatih di PULARES . Pon kena BOTAK juga .
        Tapi aku nak fokuskan ketika ujian kenaikan PANGKAT tu . Masa dekat sana, rambut aku tak botak, just pendek ja . J/U tu cakap, siapa yang tak botak sila tunggu untuk di-BOTAKKAN . Hampas kepala batas betoi la . Nak taknak aku kena juga . Sebelum POTONG rambut, kena buka baju dulu . Sampai turn aku, aku taknak buka baju . J/U tu paksa aku . So, aku termencarut pelan-pelan . Aku tercakap, "B**I betoi la" . Pelik bin Ajaib J/U tu dengar, apa lagi dia marah la aku ! Dia suro aku PUMPING 20 kali depan tu . Malu aku . Dah la ada peserta dari sekolah lain . Peserta perempuan pon ada ramai termasuk AMOI-AMOI dok usha je aku PUMPING tak berbaju ! WTF ! Malu gila aku ! Tapi itu la pengalaman yang manis+PAHIT ketika ujian tu . Nama pon ujian kan . Untuk pengetahuan semua, rambut aku, Farhan, DieDie, Nazmi TUMBUH semula selepas kira-kira dua bulan =.="





N U M B E R  2...

'1 against 15'

       Ini dia, peristiwa yang penuh dengan 1001 kenangan MANIS . Kisah di antara aku dan 'DIA' . Ketika ini, aku nak tunaikan janji aku . Apa yang aku janji ? Yaa, aku ada janji dengan 'DIA' nak bagi SOMETHING . Aku cakap nak bagi dekat Taman Koperasi, lepas balik sekolah . Seperti yang dijanjikan aku tunggu la . Masa tu aku bertugas jaga KOOP dengan kawan-kawan aku . Yang bukan pengawas KOOP pun ada join sekali kitorang . Pendek kata, dalam KOOP tu dah penuh macam sardin dalam tin . Memang aku NERVOUS la . First time jumpa dia .
       Tunggu punya tunggu, AKHIRNYA ! 'DIA' tiba juga . But not alone, also with her friends lol ! 'DIA' agak malu sikit . hahaha . Aku tengok dia macam taknak jumpa ja sebab SEGAN . Tapi kawan-kawan dia paksa 'DIA'. Aku pun sama lol, SEGAN . Then diorang lepak kat Taman Koperasi . Aku ajak kawan-kawan aku temankan, sume wat dek je lepak dalam KOOP =.=" Aku gagahkan juga diri aku pergi jumpa dia seorang diri . HAHAHAA ! Dengan segan-silu+NERVOUS, aku bagi la 'SOMETHING' yang aku janjikan tu . Benda tu sebenarnya penanda buku yang aku buat sendiri . Aku tulis nama dia dalam gaya Khat THULUTH . Aku laminate + ikat riben kat hujung penanda tu . Aku pun ta ingat pe kejadah yang aku cakap kat 'DIA' . Dia pun nampak segan ja . Maklumla, first time jumpa . Bila dah selesai suma, aku buka LANGKAH 1000 dari situ ! HAHAHA ! Apa aku kesah, janji aku dah TUNAIKAN janji aku . I hope she keep that card carefully and keep it forever . I'll never forget this moment . I love you . . .



N U M B E R  1. . .

'Tragedi 16 September'

     16 September merupakan HARI Malaysia . 16 September juga merupakan tarikh ulang tahun peringatan kepada peristiwa yang telah berlaku di SURAU berdekatan dengan SMK Pengkalan . Peristiwa ini berlaku ketika Operasi Kembara Raya . Masa ni aku dengan geng aku sedang berehat untuk SOLAT Zuhur seketika di SURAU berdekatan SMK Pengkalan tu . Yang ada masa tu aku, Nabil, Farhan Azhar, Aiman, Hanafi, Nazmi & Bojan. Setelah selesai SOLAT, kitorang rehat-rehat jap . Farhan Azhar test SKUTER Nabil sambil tu . Saja suka-suka .
       Then aku pun nak merasa juga bawa SKUTER . So diorang cakap, okey, try la . Dengan bangganya, aku naik skuter tu . Untuk pengetahuan semua, SKUTER tu terletak dihadapan TIANG surau . Dan ada PASU BUNGA di sekitar SURAU tu . Dengan EXCITEDNYA, aku press SKUTER Nabil . Dengan sekali PRESS, SKUTER tu memecut laju kehadapan dan seterusnya merempuh PASU BUNGA sehinggakan PASU BUNGA tu tercampak pecah dua meter kehadapan bersama-sama SKUTER Nabil . Hahaha ! Aku pun tercampak sekali dan dada aku terlanggar TIANG surau tu kemudian terjatuh pula atas serpihan PASU BUNGA tu .Aduhh ! Sakit bhaaiii . Tapi, Alhamdulillah aku tak cedera langsung . Cuma tapak tangan aku LUKA sikit sebab terkena serpihan PASU BUNGA tu . Saksi kejadian itu ialah Farhan Azhar (yang cuba menahan SKUTER aku tapi tak dapat), Nazmi dan Hanafi . Diorang semua risau and tanya keadaan aku . Aku okey ja . Yang kesiannya motor Nabil la . Ada pecah sikit . Tapi still hidup lagi .
         Kami pun bersihkanla kawasan surau tu sebab ada serpihan PASU BUNGA dengan tanah sekali . Nasib baik takda siapa-siapa kat situ . Yang penting, NYAWA aku selamat tak melayang . Aku pun tak percaya cuma LUKA sikit ja . Hahahaa . Taubat aku, pasni taknak bawak SKUTER dah . Peristiwa ni akan diingati pada 16 September setiap tahun . . .



   Haaa ! Berakhirlah sudah semuanya . Apa macam ? hahaha . Aku yakin, tahun 2011 ni pasti akan ada lagi banyak PERISTIWA yang manis dan pahit yang tidak dapat dilupakan . Sama-sama kita nantikannya ^^