SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Rise to Power

R A B U,  1 2  J A N U A R I

    Hari yang dinanti-nantikan telah TIBA jua . Hari ni ada MESYUARAT AGONG unit beruniform . Seperti yang YOU all tau, aku KRS . Meeting tadi kat MAKMAL sains . Gila sendat macam SARDIN dalam TIN . Ramai gila doe . Hahaha =.= Mak aku salah seorang GURU KRS sesi petang . Okeyh, nak dipendekkan cerita, aku telah dicalonkan oleh FYNA untuk jawatan PENGERUSI . Calon yang kedua Diedie . Rezeki aku hari ni, aku jadi PENGERUSI KRS 2011 dengan sokongan majoriti . Diedie jadi NAIB PENGERUSI . Hahaha . Yang paling tak bole bla, masa aku handle pemilihan JAWATAN yang seterusnya . Mikrofon buat hal doe =.= Time aku nak cakap ja mesti tak keluar suara . Habis aku kene gelak ja dengan ahli-ahli KRS yang lain . Hahaha . Segan aku siott . Biar aku bagitau pemegang-pemegang JAWATAN Platun KRS Putera 2011 . Pengerusi aku sendiri, Naib Pengerusi DieDie, Setiausaha Nazmi, Penolong Setiausaha Farhan, Bendahari Jun (Jun ahli otai BOMBA yang telah berhijrah ke KRS tahun ni) Hahaha .


    Untuk pengetahuan YOU all, tahun ni KRS ada ahli-ahli OTAI dari kadet lain yang berhijrah kesini . Mereka ialah Jundullah (Kadet Bomba), Nabil (Kadet Bomba), Husaini (Pengakap) dan Azharul (Persatuan Kadet Bersatu Malaysia 'Tentera Darat') . Hahaha . Amacam ? Gempak tak skuad tahun ni ? Azharul tu budak kelas aku, dia pindah sini dari KL . Masa kat sekolah lama, dia ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia 'Darat' . Pangkat dia Koperal . Memang hebat naa . Hahaha .

      Nampaknya KRS tahun ni makin kuat dan makin BERTAMBAH ahlinya . Platun Puteri lak kebanyakan JAWATAN dijawat oleh student kelas aku juga . Tahniah kepada semua yang telah mendapat JAWATAN . Aku telah ditugaskan untuk mencari sebanyak 35 orang lelaki untuk buat satu skuad Kawad Kaki Daerah . Kalau cukup, MR.ZAIDIE cakap dia nak SPONSOR uniform lengkap tuuu . Insya'Allah aku akan usahakan .


      Ini sasaran aku untuk skuad KRS Putera dan Puteri 2011 . Menyertai Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah, MENJUARAI Pertandingan Kawad Kaki Kokurikulum Putera dan Puteri serta memenangi ANUGERAH Ketua Platun Terbaik Putera dan Puteri . Pendek kata, SAPU BERSIH semuanya . Insya'Allah boleh tercapai semua tu . Peluang untuk MENANG tahun ni cerah . I mean, REALLY BRIGHT . Semuanya memerlukan USAHA dan DOA . Haa, lupe lak, ada kawan aku cerita kat aku yang 'DIA' menjawat JAWATAN sebagai Naib Pengerusi untuk Permainan Bola Jaring . Tahniah kat 'DIA' sebab dapat JAWATAN tu . hehehee . Sama-samala kita memikul JAWATAN yang berat :) Okeyh, see ya next time .

p/s : TAHNIAH juga kepada para SAHABATku dari KADET lain yang telah dilantik dan memegang jawatan . Semoga kita dapat bersaing dengan SENGIT dan SIHAT pada tahun ini :)



* EYKL : Jawatan bukan untuk DIMEGAH, tetapi satu AMANAH yang perlu dipikul dan dilaksanakan*