SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Tiger of Hussein House

S A B T U,  2 9  J A N U A R I  2 0 1 1
 
     Ini dia, saat yang dinantikan . Main event, CROSS COUNTRY kali ke-8 . Nampaknya ketua rumah KUNING ni semangat abess ! Haha . Ye la, tahun last aku merentas desa . Sebelum acara bermula, sempat lagi aku bagi kata-kata semangat kat peserta-peserta lelaki kelas 2 & 3 yang mana aku sempat . Nak dipendekkan cerita, aku tak berjaya meraih top 10, mahupun top 20 T___T Tapi aku dah cuba yang terbaik . Aku berjaya follow top 10 sampai dekat dengan LOJI saja . Lepas tu paha aku tak boleh menampung dah .



    Tapi, walaupun aku tewas, lelaki kelas 1 berjaya di conquer oleh rumah KUNING ! haha . Nombor satu dak baru dari KL yang conquer, Azharul . Kedua Nabil, keempat Farhan . Amek kau ! Hahaa . Lelaki kelas 2 tak berapa ramai sangat yang menang, tapi lelaki kelas 3 ramai dari rumah kuning . Sama gak macam perempuan kelas 1,2 & 3 . Tapi penyumbang utama kemenangan kitorang ialah perempuan kelas 3 . 6 orang tersenarai top 10 termasukla adik 'DIA'. hahaa . Kakak dia & aku tak dapat . Time penyampaian hadiah tu, rumah Kuning paling kuat ngaumannya . hahaha (action lebey ;P). Bila nak diumumkan JUARA keseluruhan merentas desa uh, berdebar-debar ja rasanya . Syukur, Alhamdulillah, rumah KUNING JUARA keseluruhan acara merentas desa buat kali pertamanya ! Sorakan serta ngauman 'TIGER of HUSSEIN HOUSE' bergema di angkasa bila diumumkan keputusan . Aku, Biel & Arul naik pentas amik hamper dengan trofi . Bergambar sekali dengan guru-guru rumah kuning . Ini merupakan pengalaman manis bagi aku selaku ketua rumah KUNING . Jutaan terima kasih kepada SEMUA peserta perempuan & lelaki rumah kuning kerana bertungkus-lumus menghabiskan larian .

   
      Rumah KUNING mendapat 328 mata, BIRU 318 mata, HIJAU 305 mata dan MERAH 204 mata . Saingan sengit antara rumah KUNING, BIRU & HIJAU . Beza antara rumah KUNING & BIRU tak begitu jauh . Alaaa, biasa la, KUNING dan BIRU kan tak dapat dipisahkan (ada makna tersembunyi) Hehehee . Apa-apa pun, peluang masih terbuka luas bagi rumah BIRU dan HIJAU untuk kejar balik rumah KUNING .
Acara sukan tara dan hari kejohanan olahraga akan menentukan siapa JUARA keseluruhan tahun 2011 . Semoga kita semua dapat bersaing secara SIHAT and may the best will WIN . Behold, the TIGER of HUSSEIN HOUSE ! RAWR ! ;D
    
* EYKL : Kawan 'DIA' cakap, 'DIA' pakai kasut warna KUNING, aku pakai kasut warna BIRU . Hehehee <3*