SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

" Kenapa Saya Miss Call Awak Tak Angkat ? "

J U M A A T, 1 1  M A C  2 0 1 1

     Hari ni aku nak kongsikan satu kisah yang agak errr . . . aku tak tau nak cakap macam mana . Kisah ni yang tahu cuma budak-budak kawad kaki KRS saja . Haaa, nak tau macam mana kisahnya ? Kisahnya bermula begini . Petang ni ada latihan kawad kaki . So, macam biasa, aku kena la bawak budak-budak junior kawad . Yang ada cuma 6 baris saja, lagi 4 tak cukup . Ada seorang junior ni, namanya Azrin, Form 3 . Dari sebelum start latihan kawad, dia asyik bergayut je dengan handphone (lagi tak boleh blah guna headset) . Ke hulu, ke hilir pegang handphone . Aku dah panggil semua budak-budak masuk baris . Cuma tinggal dia seorang je tak masuk baris . Semua dah bising dah, merungut, orang lain pon ade awek jugak tapi takda la time macam ni bergayut . Aku dah bagi warning kat budak tu suruh tutup handphone, masuk baris . Tapi dia buat tak tau saja (macam aku cakap dengan batu) . Tiba-tiba (ayat skema). . . sedang dia ke hulu ke hilir dengan handphonenya. . . kitorang terdengar perbualannya . Dia dengan muka MINTAKnya, ayat yang keluar dari mulut budak tu, " Kenapa saya miss call awak tak angkat ? " . Perhhh, amik kau 6 baris kawad tu termasuk aku GELAK berguling-guling !! HAHAHAA ! Memang jelas kitorang dengar . Aku gelak sampai SEMBAH BUMI (sujud). Kalau korang ada dekat situ, mesti korang pun gelak tak ingat dunia . Orang lain ada GIRLFIE juga, tapi takda la sampai macam ni . Then budak tu cakap kat aku, " Bagi aku 5 minit jap, satgi aku masuk kawad " (dengan muka MINTAKnya). Aku pun bagi la . Kesian, masalah rumahtangga la katakan . Hahahaa ! Muka PASRAH je . Time kawad pun muka dia PASRAH gila . Masa dah abis latihan tu, aku lepak-lepak kejap dengan budak-budak kawad, aku "REFRESH" semula kejadian tadi . Kitorang gelak tak ingat dunia . HAHAHAA ! Adess, tak boleh pergi betol .


* EYKL : Pss, orang lain ada kekasih hati juga, tapi taklah seteruk ini . So, korang janganla ikut budak ni yaa . *