SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

MTQ & MKI (pt 1) : Kembalinya Seorang Wira Lapuk

S E L A S A,  2 2  M A C  2 0 1 1

    Assalamu'alaikum semua . Tajuk post kali ini agak menarik . Well, sebelum tu, aku sure yang ada di antara you all tidak mengerti apakah dia MTQ & MKI . MTQ ni merupakan Majlis Tadarus al-Quran manakala MKI pula ialah Mahrajan Kesenian Islam . Inilah merupakan pentas bagi anak-anak muda khususnya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah menunjukkan bakat mereka masing-masing sama ada membaca al-Quran, Hafazan, Syarahan, Nasyid, Bercerita, Menulis Jawi, dan juga Seni Khat Islami . Apa yang dinyatakan tadi merupakan acara-acara yang dipertandingkan di dalam MTQ & MKI . Bagi aku, program seperti ini amat bagus . Sekurang-kurangnya, anak-anak muda menunjukkan minat mereka dalam bidang-bidang seperti ini .


    Bila sebut sahaja MTQ & MKI, teringat pula sewaktu zaman sekolah rendah dahulu . Masa tu aku darjah 5 (tahun 2005), itulah kali pertama aku melibatkan diri dalam arena ini . Acara yang aku sertai ialah Menulis Jawi . Semua ni atas jasa yang tak ternilai oleh Ustazah Rosnah (ingat lagi aku nama dia) yang mendidik dan membawa aku ke dalam arena ini sehingga aku mewakili sekolah aku ketika itu (Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh) ke Peringkat Negeri yang dilangsungkan di Kuala Kangsar . Seterusnya pada tahun 2006, aku hanya mencapai tempat ketiga Daerah sahaja . Amat mengecewakan, lebih-lebih lagi sekolah aku yang menjadi tuan rumah . Maka dengan itu, tamatlah sudah karier aku dalam arena ini di peringkat sekolah rendah .


"Dunia Seni Khat"

     Masuk ke alam sekolah menengah pula, aku tidak menonjol dalam arena ini . Ini disebabkan acara Tulisan Jawi tidak dipertandingkan di sekolah menengah . Tapi, digantikan dengan acara yang lebih mencabar, memerlukan kreativiti, bakat, tumpuan yang sepenuhnya serta penghayatan . Ianya adalah, "Seni Khat Islami". Yup, acara menulis khat . Tapi, acara ini telah di-booking dulu oleh sahabatku, kerana dia lebih hebat dalam menulis khat . Sehinggalah pada tahun 2009, ketika aku tingkatan 3, itulah kali pertama aku menyertai acara ini dan itulah kali pertama aku melibatkan diri dalam arena MTQ & MKI sekolah menengah . Mentor aku ialah Ustazah Fadzilah Azani . Dia merupakan Ustazah yang arif dalam bidang seni khat . Namun begitu, aku hanya berjaya mendapat tempat ke-5 sahaja di peringkat zon dalam acara tersebut . Sekali lagi aku tewas di tempat sendiri (ketika itu sekolah aku, SMK Kampong Pasir Puteh menjadi tuan rumah). Tapi aku taklah kecewa sangat, aku boleh berbangga sedikit kerana daripada 22 buah sekolah yang bertanding dalam acara tersebut, aku tersenarai antara 5 terbaik termasuklah Johan acara khat, Sekolah Izzuddin . Aku hanya ada satu peluang sahaja untuk menebus kekalahan (tahun 2010 acara khat tidak ada) . Walau tewas, tapi itu tidak bermakna aku tewas dalam perjuangan mengembalikan kegemilangan Seni Islam .

Antara karya aku yang tak seberapa, "Kaligrafi Cinta". ianya ditulis dengan gaya "Thuluth"

   Tahun 2011 merupakan tahun terakhir persekolahan aku, tahun terakhir bagi aku untuk terlibat dalam pertandingan-pertandingan Kokurikulum . Alhamdulillah, tahun ni acara Khat dipertandingkan . Sekali lagi aku diberi peluang dan kepercayaan mewakili sekolah . MTQ & MKI peringkat zon akan diadakan di SMK Jelapang Jaya pada 9 April . So, aku hanya ada lebih kurang dua minggu saja lagi . Ini merupakan penglibatan aku yang terakhir dalam arena ini . Aku harap, aku dapat memenangi acara ini buat kali pertama dan terakhir bagi aku . Semoga peserta untuk acara Tilawah al-Quran, Nasyid, Syarahan serta Hafazan sekolah aku juga mencapai kejayaan .

* EYKL : Sedih pula rasanya . Lepas ni tak merasa dah pertandingan-pertandingan macam ni *