SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Operation Odyssey Dawn : Another Crusade

A H A D,  2 0  M A C  2 0 1 1

   Pada awal pagi ini, Amerika Syarikat serta sekutu-sekutu sepapatnya telah melancarkan operasi ketenteraan ke atas Libya . Operasi tersebut dinamakan sebagai "Operation Odyssey Dawn". Selain Amerika Syarikat, turut serta dalam operasi ini ialah Britain, Perancis, Denmark, Italy dan Kanada (kemungkinan akan ada lebih ramai negara barat yang turut serta). Lebih dari 110 peluru berpandu (Cruise Missile) telah dilancarkan . Jet-jet pejuang Perancis juga telah dilepaskan dan telah memusnahkan kereta kebal milik Libya (T-72, T-54/55) di Benghazi .

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini : Kavkazcenter.com  /  Bujuangsusah

Di bawah ini merupakan video al-Jazeera berkenaan dengan aset persenjataan yang digunakan oleh Tentera U.S serta sekutunya dan juga aset persenjataan yang digunakan Libya .







 Pada pendapat aku, sekarang ni Tentera Pemberontak Libya mempunyai 3 pilihan, meneruskan menentang Gaddafi dengan membantu Tentera Pakatan, menentang Gaddafi tetapi tidak membantu Tentera Pakatan dan juga pilihan terakhir bergabung dengan Gaddafi menghalau menentang Tentera Pakatan . Bagi aku , perang ini tak munasabah dan ada muslihat tersendiri . Libya merupakan salah satu negara yang kaya dengan minyak . Kemungkinan besar (mungkin lebih besar !) U.S mahukan minyak di negara itu sepertimana mereka mahukan di Iraq . Dan kalau aku jadi Gaddafi, aku akan letak jawatan, tetapi mengeluarkan seruan terakhir supaya rakyat Libya serta umat Islam seluruh dunia bersatu menentang Tentera Pakatan .
   Untuk perang kali ini, sekali lagi peranan OIC dan negara-negara Islam yang lain akan diperlihatkan kepada dunia . Adakah mereka hanya duduk diam, kekal statik tetapi mulut tidak henti-henti, bahkan berbuih-buih mengutuk pencerobohan Tentera Pakatan ke atas Libya ? Takkan hanya itu saja yang mereka mampu . Sedangkan mereka boleh membuat satu sidang tergempar, lancarkan operasi bantuan ketenteraan ke atas Libya, dimana setiap satu negara Islam perlu menghantar pasukan tentera khas ke Libya bagi membantu melawan Tentara Pakatan . Mungkin ini kedengaran agak mustahil dan tidak masuk akal . Namun begitu, takkan nak tunggu dan lihat saja apa akan terjadi seterusnya ? Bagi rakyat biasa pula, kita hanya mampu berdoa dan membenci dengan hati terhadap pencerobohan yang dilakukan . Sampai sini saja la, tapi aku memang tak puas hati dengan pencerobohan yang dilakukan ni . Biarla rakyat Libya sendiri yang menentukan nasib mereka . Kenapa perlu ada campur tangan luar ? Sama-sama kita saksikan apa tindakan negara-negara Islam dan apa yang akan berlaku selepas ini . Insya'Allah, aku akan post artikel tentang penglibatan masyarakat Islam seluruh dunia (termasuk beberapa rakyat Malaysia !) secara langsung dalam perang Afghanistan menentang komunis USSR pada 1979-1989 yang lalu untuk diambil sebagai kisah tauladan dan iktibar . Selamat beramal . Wallahu'alam .

* EYKL : Teringat pula kisah kejatuhan Kerajaan Abassiyah, kisahnya ada mirip sedikit seperti apa yang berlaku di Libya sekarang ini .*