SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Rise of Libya

R A B U,  1 6  M A C  2 0 1 1

   Post kali ini, krisis di Libya . Pelbagai konflik sedang melanda dunia sekarang ini . Mengambil inspirasi daripada kejayaan rakyat Mesir dan Tunisia menjatuhkan pemimpin masing-masing, Libya kini mengikut jejak langkah mereka . Konflik ini bermula pada bulan Februari tahun ini sehinggalah ke hari ini . Rakyat Libya mendesak pemimpin mereka, Muammar Gaddafi meletakkan jawatan setelah 41 tahun berkuasa .Tetapi, pemimpin kuku besi  itu memilih untuk terus mencengkam kepada sisa terakhir kuasanya dengan menggunakan angkatan tentera, unit keselamatan khas, askar upahan dari pelbagai negara luar lain dan tentu sekali, ahli keluarganya . Tindakan Gaddafi itu menyebabkan sebahagian besar pegawai kanan tentera, pegawai pentadbir kerajaan, anggota Kabinet dan diplomat memilih untuk berpaling tadah dan menyokong penunjuk perasaan . Ulama' terkemuka dunia, Yussuf al-Qaradhawi juga telah mengeluarkan fatwa membunuh Gaddafi .
     Kebangkitan rakyat menentang pemerintahannya selama 41 tahun merebak dengan cepat dari bandar kedua terbesar Libya, Benghazi ke pinggir ibu negara, Tripoli, iaitu benteng terakhir Gaddafi. Namun begitu, sehingga kini masih tiada pengakhiran bagi krisis ini .  Ramai tentera yang pada mulanya setia kepada Gaddafi, tetapi berpaling tadah menentangnya .

Tentang habis-habisan, walau dengan apa jua senjata sekalipun .

Atas kerusi office pun jadi

Bersemangat sungguh . Dibelakangnya, BM-21 sedang melancarkan roket ke arah kedudukan tentera Gaddafi .


Tembak saja, kami sanggup mati .

Cara kreatif untuk menembak pesawat pejuang Gaddafi

Allah selamatkan Libya

Solat tetap tidak ditinggalkan

Tentera Gaddafi yang belot, seterusnya menyertai penunjuk perasaan

Lagi tentera Gaddafi yang belot menyertai penunjuk perasaan .

Ini dia pemimpin kuku besi, Muammar Gaddafi

Lawan tetap lawan, lawan sehingga peluru terakhir .


Pasukan penentang sedang mengawal
Roket dilancarkan ke arah kedudukan musuh .


  Muammar Gaddafi sungguh kejam, mengarahkan penunjuk perasaan ditembak dengan peluru hidup, mengebom masjid dan sebagainya . Semoga penentang-penentang Gaddafi mencapai kemenangan berjihad menentang pemimpin zalim . Allah bless them all, Allah save Islam, Allah save Libya . Allahuakbar !

* EYKL : Memang berjuang itu terkorban, Kerana kita berjuang untuk berkorban, Itulah asam garam perjuangan, Syarat mendapat cinta Allah . Lirik lagu The Zikr, Wahai Mujahid *