SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Secara Tidak Rasminya . . .

S A B T U,  1 2  M A C  2 0 1 1

   Hari terakhir latihan kawad kaki KRS putera . Aku boleh katakan hari ni memang meriah sekolah aku walaupun cuti . Dengan adanya program cuti-cuti belajar dimana, semua pelajar Tingkatan 3 kena datang sekolah, latihan kawad kadet Polis, kadet Bomba & KRS . Whoaaa, sungguh meriah dan aktif sekolah aku . Pendek kata, penuh dataran bestari tu . Semuanya berlatih untuk sekolah, berjuang demi sekolah . Bagus . Semua komander lawan suara nampaknya . Bersemangat sungguh ! Well, lelaki hari ni cuma ada 5 baris . Form 5 yang ada hari ni aku, Waqie, Mie, Farhan, Apeh & Syahrin . Pukul 11 tamat latihan . Aku pun ingatkan tak hantar la ke daerah . Tapi, PELIK bin AJAIBNYA, Mr Z cakap, " Tak mengapa, kita hantar juga walaupun tak cukup baris . Dengan syarat, sekuran-kurangnya 8 baris, tapi memang kalah la . Janji ada pengalaman ". Kata-kata ni membuatkan aku bersemangat kembali ! Mana taknya, sepanjang 5 tahun aku kat sini, tak pernah pun KRS putera pergi ke daerah . Kali terakhir pada tahun 2005 (Zaman abang aku & kawan-kawannya). Aku pun tak la mengharap sangat, just nak merasa masuk daerah . Aku harap, lepas ni setiap kali latihan, cukup la baris . Bila ditanya kadet putera, semuanya nak pergi daerah . Jangan hanya omong kosong saja, latihan mesti datang oke . Sekian .


* EYKL : Pss, tadi "KL" kena sound dengan aku sebab tak datang latihan . Hahahaa . Kesian . *