SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

MTQ & MKI (pt 2) : It is time

J U M A A T,  8  A P R I L  2 0 1 1

    Tup tap, tup tap, dah 8 April . Esok 9 April, hari yang dinanti-nantikan . Esok ada Majlis Tadarus al-Quran peringkat Zon B yang akan berlangsung di SMK Rapat Setia . Lebih 20+ sekolah yang terlibat termasuklah Sekolah Izzuddin Shah yang sememangnya "Kuasa Besar" dalam MTQ . Nampaknya masaku sudah sampai untuk bertanding buat kali terakhir dalam arena ini . Kali pertama aku sertai ketika darjah 5 dan itulah kali pertama aku mendapat johan . Kali terakhir aku sertai adalah ketika tingkatan 5 yang akan berlangsung esok . Aku berharap sejarah kembali berulang . Aku doakan wakil-wakil pertandingan lain seperti Tilawah al-Quran, Syarahan, Hafazan dan Nasyid juga mencapai kemenangan . Buat yang terbaik . Cuba sedaya-upaya . Naikkan nama sekolah kita . Sekiranya kita tewas, sekurang-kurangnya kita sudah buat sehabis boleh . Sekiranya kita menang, itu satu kemenangan yang gilang-gemilang .  Semoga kita semua mencapai kemenangan esok . Selamat berjuang ! Amiinn .



* EYKL : Biar siapapun lawan kita, jangan sesekali memandang rendah kepada mereka dan jangan sesekali gentar berhadapan dengan mereka *