SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

MTQ & MKI (pt 3) : Finally. . .

S A B T U,  9  A P R I L  2 0 1 1

   Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa tersayang, ustazah, kawan-kawan serta si "DIA" dan juga berkat perjuangan seni khat ini, buat kali pertamanya sejak tahun 2004, sekolah kita dapat juga Johan dalam pertandingan menulis khat kategori lelaki . Aku pun tak sangka boleh menang lawan dengan 23 buah sekolah . Tapi yang betul-betul ada kebolehan menulis cuma 3-4 sekolah saja . Lawan aku yang dapat naib johan, peserta dari Sekolah Izzuddin Shah menggunakan khat jenis "Diwani", aku pula guna khat jenis "Thuluth" . Tu dia, walaupun "Diwani" nampak lebih rumit, tapi "Thuluth" tetap menarik hati para juri . Habis semua ilmu dan kemahiran yang aku pelajari selama ni aku gunakan . Hasilnya, memuaskan . Markah aku 84% berbanding peserta dari Izzuddin 76% . Inilah kali pertama sekolah kita menang khat lelaki dan kali pertama menewaskan Sekolah Izzuddin Shah . 7 tahun tak pernah menang . Hehehee .
    Untuk pengetahuan semua, sebanyak 23 buah sekolah terlibat termasuklah kuasa besar MTQ seperti Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Chulan, Tarcesian Convent, Ma'ahad Imam Syafie dan juga RPS . Berikut adalah pencapaian MTQ & Festival Nasyid Zon B Daerah Kinta Utara SMK Kampung Pasir Puteh :

-Syarahan Perempuan : Naib Johan (Aina Madihah)
-Hafazan Perempuan   : Naib Johan (Afifah)
-Khat Perempuan        : Johan (Syahirah)
-Khat Lelaki                : Johan (aku sendiri)
-Keseluruhan               : SMKPPI Juara Keseluruhan MTQ kali ini

    Untuk pertandingan lain seperti nasyid, syarahan lelaki, hafazan lelaki, tilawah lelaki & perempuan, walaupun tewas, tapi sekurang-kurangnya anda semua berani berjuang untuk sekolah . Tanpa anda, markah SMK Kampung Pasir Puteh mesti sedikit dan tidak mungkin kita menjadi JUARA KESELURUHAN untuk MTQ kali ini dengan menewaskan 23 buah sekolah ! Kita semua menang sebagai satu sekolah, SMKKPPI ! Jutaan terima kasih diucapkan kepada ustazah-ustazah yang bertungkus lumus melatih kami, serta kepada semua penyokong setia SMKKPPI . Pertandingan peringkat daerah akan diadakan di SMTI (Brash) pada 23 April ini . Semoga sekolah kita mencapai kemenangan lagi .  Amiinn, Insya'Allah . Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan kerana pertandingan Khat tidak akan dipertandingkan di peringkat daerah .

Bergambar kenangan bersama piala pusingan di hadapan sekolah tercinta :)

    * EYKL : Kemenangan yang begitu bermakna, terutamanya buat kami form 5 tahun terakhir disini *