SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Ringkasannya...

J U M A A T,  2 0  M E I  2 0 1 1

  Nampaknya sudah berapa kurun aku tak update blog hah ?? Lama betul aku tak update . Biasa la, sibuk je memanjang, itu kena buat, ini kena buat (bajet macam dah kawen je) Well, hari ni aku akan ringkaskan peristiwa-peristiwa penting yang tak sempat aku nak kongsikan yang telah berlaku dari 13 April sampailah 16 Mei . Kita mulakan ....

             19 April
                "Trip to Shah Alam, Selangor"

   Lawatan Kelab Koperasi ke Selangor yang meliputi tempat-tempat seperti ANGKASA, Taman Seni Islam, dan juga Bandar Roti High 5 . Tempat yang menjadi tumpuan aku adalah Taman Seni Islam .

Ketika di Angkasa

Bergambar bersama Mr.Bread di Bandar Roti High 5 . (rase nak je makan roti tu)

Di Taman Seni Islam . SubahanAllah . Cantiknya . Aku berasa sungguh kagum .

Di dalam Taman Seni Islam . Kalau nak tahu, monumen tu merupakan ayat " Alif Lam Mim" . Ayat pertama dalam Surah al-Baqarah .


29 April
" My Final MTQ and my Final Victory  "
 
 
    Inilah dia masa yang ditunggu-tunggu . MTQ peringkat Daerah Kinta Utara bertempat di SMTI Persiaran Brash , dimana sekolah-sekolah yang terbaik MTQ dari Zon A & Zon B bertemu . Ini merupakan kemuncak karier Khat aku di peringkat sekolah menengah .Oh ya, masa kat sini, aku dapat berjumpa dengan Ain Rizar (ex-SMKKPPI) dan juga...ada lah seorang lelaki tu . Dia ada kena mengena dengan "privacy" aku . Okeyh, lupakan pasal tu . Ternyata kali ni, saingan memang sengit teramat sangat . Lawan aku ada 5 orang . Sama juga peserta perempuan . Tapi walaupun 5 orang lawan aku, semuanya hebat-hebat ! SubahanAllah, cantik-cantik tulisan mereka (aku usha-usha sikit). Macam dah sampai tahap "Khattat" . Ustazah Fadzilah pun cakap tak berani nak tengok tulisan mereka . Tapi Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya mendapat Johan . Naib Johan peserta dari Ma'ahad al-Ummah, ke-3 dari Izzuddin Shah . Aku pun tak sangka boleh menang . Peserta perempuan sekolah aku dapat tempat ke-3 . Tak mengapa, dia boleh cuba lagi tahun hadapan . Walaupun ini penglibatan aku yang terakhir dalam arena MTQ, tapi aku tetap akan terus mendalami seni ini, dan seterusnya mengembangkannya dari generasi ke generasi yang seterusnya .


Gambar kemenangan bersama .
 
 
16 Mei
" Last Teacher's Day in SMKKPPI "
 
 
  Sambutan Hari Guru yang terakhir di SMKKPPI . Sebab tahun depan aku takda kat sini dah . Macam-macam yang berlaku tadi . Yang paling lawak masa nak potong kek . Entah macam mana, mikrofon boleh jatuh atas kek tu . Hahahaa . Belum pernah terjadi benda-benda macam ni sebelum ni . Peristiwa ni takkan aku lupakan sampai bila-bila . Ye lah kan, tahun last dekat sini .

Ustaz Rahim mengetuai nanyian lagu . hehee

Time upacara potong pulut .