Choose, which one U like to read

SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Showing posts with label Just for Fun. Show all posts
Showing posts with label Just for Fun. Show all posts

A collection of Funny Pictures 3

     Hello guys ! Hoho . Dekat sini ada beberapa gambar polis yang telah ditambah dialog supaya ianya kelihatan kelakar . Mari kita jenguk sama-sama . Sila klik pada gambar untuk SAIZ lebih besar . Whazzzuppp bebeh !










Alkisah di dalam sebuah Kelas . . .




   al-Kisahhhh . al-Kisahhhh, kisahhh ini berlaku di sebuah sekolah yang diberi nama, SMK Kelam Kabut . Seorang guru masuk ke kelas 3 Haru-Biru untuk mengajar Bahasa Melayu .


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)







Tahukah Anda ?

F A K T A   B E N A R  &  L O G I K

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya


A Collection of Funny Pictures 2

Guys Guys ! Hehehee . Ini adalah siri kedua koleksi gambar-gambar yang boleh dikatakan agak lawak . Enjoy . Live, Laugh and Love .


Kalau inilah model COCA COLA, alamat bankrup la COCA COLA tak laku . Hehehee (Klik untuk saiz penuh)

Perhatikan SERIGALA tu . Happy sangat sampai melompat macam tu sekali . Hehehee (Klik untuk saiz penuh)

Perhhh ! Stylo gitu ! Hahaha . (Klik untuk saiz penuh)

Kenderaan yang mampu dimiliki oleh semua orang tidak kira tua, muda, kaya atau miskin . Inilah dia, KERANDA 4X4 (Klik untuk saiz penuh)

Tension jawab soalan Add Math punya pasal . (Klik untuk saiz penuh)


Bahasa Sakai-Cikai (part 1)

Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang 'Bahasa Sakai-Cikai'. Haaaa, pelik kan ? Tak mengapa, korang teruskan membaca . Nanti korang faham . Aku lahir pada 1/6/1994 . So, aku tak terlepas dari zaman ICT yang serba canggih . Bahasanya pun memang 'canggih' . Aku pelik betul lah zaman sekarang ni . Budak-budak zaman sekarang kalau send mesej or chat, mesti bahasa/ayat yang diorang guna agak sakai . Contohnya ada tambah huruf 'W' dan sebagainya . Bahasa ni dinamakan sebagai bahasa 'Rempit', 'Pasar', 'Gedik' dan banyak lagi la namanya . Aku tunjukkan kat korang semua contoh-contoh perkataan asal yang telah diubah menjadi 'canggih'


  • Aku - Aq/Akuw
  • Dia  - Dyew/diew
  • Pun  - Pown
  • Itu    - Ituw
  • gila   - Glew/gilew
  • kau   - Kaw
  • mana - Mnew/manew
  • lupa   - Lpew/lupew
  • kot    - Kowt
  • kita    - Ktew/Kitew/titew/tew (nasib baik bukan Kuey-Tiaw)

Hahaha ! Macam sakai je kan ? Sebenarnya ada banyak lagi . Ada berpuluh-puluh lagi perkataan yang telah diubah suai menjadi 'canggih' . I will show it in next post .  Aku tak nafikan, dulu aku pun ada juga guna perkataan-perkataan macam ni . Masa tu aku tak berapa matang . Aku lebih suka dan selesa kalau guna bahasa 'skema' (eja penuh) . Ianya lebih menunjukkan kita matang berbanding guna ayat-ayat sakai macam kat atas ni . Aku pun tak tau lah mana datangnya stail ayat-ayat macam ni . Ini semua berdasarkan pengalaman aku . Okeyh guys, nantikan post terkini 'Bahasa Sakai-Cikai' . Selamat beramal semua .

* EYKL : Minta maaf sekiranya post ini membuatkan anda terasa . Penulis tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa . Tapi inilah realiti kehidupan sekarang*


A collection of Funny Pictures 1

Chihuahua, Chihuahua . Today, aku nak share dengan korang semua koleksi gambar sakai yang aku jumpa kat internet . Haaaa, mari sama-sama kita saksikan . Enjoy

You all tengok, pandainya budak yang tulis ni kan ? hahaha


Perhatikan  bahagian yang dibulatkan . Walaupun dah kena tangkap, tapi still boleh action lagi .

Serupa tapi tak sama

Malas sangat masuk stadium, tiket mahal, kat situ pun jadi la . Ada bran ? hahaha

WTF ?

Kalau printer dah abes dakwat, macam ni lah jadinya .


Kisah Sufi Nazaruddin dan Timur 'Tamerlane' 1

 Hollla all . Hari ni aku nak kongsikan sedikit kisah jenaka ala Sufi . Mungkin ada diantara korang semua tak pernah dengar lagi kan ? So, enjoy .

Sesekali, Tamerlane ingin juga mempermalukan Nazaruddin. Karena Nazaruddin cerdas dan cerdik, ia tidak mau mengambil resiko beradu pikiran. Maka diundangnya Nazaruddin ke tengah-tengah prajuritnya. Dunia prajurit, dunia otot dan ketangkasan.

"Ayuh Nazaruddin," kata Tamerlane, "Di hadapan para prajuritku, tunjukkanlah kemampuanmu memanah. Panahlah sekali saja. Kalau panahmu dapat mengenai sasaran, hadiah besar menantimu. Tapi kalau gagal, engkau harus merangkak jalan pulang ke rumahmu."

 Nazaruddin terpaksa mengambil busur dan tempat anak panah. Dengan memantapkan hati, ia membidik sasaran, dan mulai memanah. Panah melesat jauh dari sasaran. Segera setelah itu, Nazaruddin berteriak, "Demikianlah gaya tuan wazir memanah."

Segera dicabutnya sebuah anak panah lagi. Ia membidik dan memanah lagi. Masih juga panah meleset dari sasaran. Nazaruddin berteriak lagi, "Demikianlah gaya tuan walikota memanah."

Nazaruddin segera mencabut sebuah anak panah lagi. Ia membidik dan memanah lagi. Kebetulan kali ini panahnya menyentuh sasaran. Nazaruddin pun berteriak lagi, "Dan yang ini adalah gaya Nazaruddin memanah. Untuk itu kita tunggu hadiah dari Paduka Raja."

Sambil menahan tawa, Tamerlane menyerahkan hadiah Nazaruddin


Inilah tugu Timur 'Tamerlane' di Uzbekistan .


Tips Reject Awek

I S N I N,  1 3  D I S E M B E R  2 0 1 0

AMARAN KERAS 81SG ! KEPADA KAUM PEREMPUAN, U ARE NOT RECOMMENDED TO READ THIS ARTICLE . BUT IF U WANT, THATS NOT MY PROBLEM .


Nampaknya kita ketemu lagi pada hari ini . Nampak tak tajuk kat atas tu ? Reti baca ? Kalu tak reti baca, reti-retikan . Hari ini aku nak berkongsi dengan korang (especially laki-laki. . eh, memang untuk laki pon). Zaman sekarang ni, boleh dikatakan berterabur di luar sana perempuan-perempuan gedik (tapi tak semua gedik, sebilangan kecil sahaja). Gedik macam mana ? Tak perlu aku terangkan panjang lebar sebab korang mesti pandai bezakan mana gedik, mana tak . Kepada laki-laki yang kene "tackle" or kene "ngorat" dengan makhluk-makhluk sebegini, dibawah ni ada ayat-ayat yang "POWER RANGERS" untuk "reject" or "kick" makhluk-makhluk tu daripada korang .

1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...
2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..
3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)
4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...
5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...
6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...
7) Eh, minggu depan I dah nak nikah dah .
8) Doktor kata, I cuma ada tempoh 1 bulan untuk hidup
9) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10
10) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....
11) Eh, ko nak mampos ke ha ?!
12) Baru kejap tadi I nampak muka serupa macam muka U kat dalam tong sampah
13) I ni sakit mental, sakit jiwa, U tak kisah ke ?

Hahaha . Cukup sampai sini saja, tapi kalau korang ada ayat-ayat yang lagi power, korang guna la . Sekali lagi aku cakap, TAK SEMUA perempuan yang gedik, buruk akhlaknya . Hanya sebilangan kecil sahaja . Minta maaf jika ada terkasar bahasa or sebagainya . Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu daripada diri aku sendiri . Sekian, peace no war .

Don't gedik, behave yourself .

* EYKL : Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita SOLEHAH.*

Jenis-Jenis Motor Otai

Chihuahua,Chihuahua . Berita baik untuk penggemar-penggemar motor sedunia (terutama warga White Sand Village) disini ada jenis-jenis motor yang otai . So, kalau nak beli motor, korang boleh rujuk kat sini .

Motor yang paling moden … … MODENas
Motor yang ada hon … … … .. HONda
Motor yang paling best … … . Suzuki Best (best la sangat)
Motor yang paling bahaya … .. Honda Hurricane (puting beliung tuu)
Motor untuk ahli sukan … … . Yamaha Sport
Motor yang paling elegen … .. Modenas Elegen
Motor yang paling ego … … .. Yamaha Egos
Motor yang asyik menang jer .. Modenas Jaguh
Motor yang tajam … … Modenas Kriss
Motor yang lagi tajam … … .. Modenas Kriss II
Motor untuk menteri … … … . Yamaha Pasola (Ala dlm cite P.Ramlee Laksamana Doremi…Menteri Pasola)
Motor untuk VVIP … … … … . Modenas Elit
Motor paling tajam… … … .  Blade, bukan kriss
Motor paling seronok … … … .  Excite (Excited la sangat)
Motor tak guna pistol… … … . Shogun (pakai pedang)
Motor paling cute … … … .  Comel
Motor paling jahat … … … .  Bandit
Motor raksasa … … … .  Ducatti monster
Motor Naruto … … … .  Kawasaki Ninja
Motor red indian … … … .  tomahawk
Motor cam terminator … … … .  Eliminator
Motor yg lagi tajam dan ganaz dari Blade / Kriss… … … . FireBlade (tajam lagi berapi gitu)
Motor paling kaya … … … . Goldwing
Motor kartun … … … . Yamaha YZF-600R Thundercat (kartun Thundercat)
Motor yang paling lama … … Yamaha Lagenda
Motor yang antivirus … … . Norton (motor lama) - symantec
Motor yang ader kelas … … . EX5 Class
Motor yang satu kelas … … . EX5 Class 1
Motor yang x stabil … … … Honda wave
Motor yang paling laju di atas air … … … .  Motobot
Motor yang paling lama boleh bercakap… … … .  Motorola

Hahaha . Ape macam ? Otai kan ? So, siapa-siapa yang nak beli motor, korang rujuk la kat sini dulu . Aku dapat jenis-jenis kat atas tu dekat ada satu website . Aku ubah sikit-sikit la . Hahaha . Okeyh guys, stay in touch with this blog . We will update soon .


   Amaran keras 18SG ! Motor ini HARAM untuk ditunggang !


Pantun Bodoh

Hi there . Disini, ada beberapa pantun yang agak bengong aku ambil dari website lain . Lawak pon ada kalau baca pantun ni . Come on, lets us have some fun .

Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
Kenapa kau nak jolok pakai galah,
                              Sebab cempedak tu jatuh kat luar pagar je kan

Kalau ada sumur di ladang,
    Bolehlah hamba menumpang mandi,
                    Patotla badan kau busuk macam pailang,
                      Kau mandi kat ladang, bilik air ada taknak mandi

Pisang emas dibawa belayar,
    Masak sebiji di atas peti,
Kat pasaraya takda hutang lar,
                          Kalo takleh bayar, jangan gatai2 pi beli

Kalau ada jarum yang patah,
             Jangan disimpan di dalam peti,
Kau ni aku kesian betul lah,
                                 Jarum dah patah pun nak simpan dalam peti

Dua tiga kucing berlari,
   Mana nak sama si kucing belang
                        Kalau kau berani kejar kucing tu sekali
                        Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang

Kajang Pak Lemau Kajang berlipat,
   Kajang hamba mengkuang layu,
Kain Pak Malau Kak Limah yang lipat,
   Kain aku pencuri yang sapu

Timang tinggi-tinggi,
     Sampai cucur atap,
Cucur atap tak sedap,
                                          Cucur udang, cucur pisang, haaa tu sedap


Hahahaha ! Interesting and funny rite ? When I read these, my perut just want to explode like a nuclear bomb . Oke, stay in touch with this blog . See ya again .