Choose, which one U like to read

SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Showing posts with label My Daily Life Story. Show all posts
Showing posts with label My Daily Life Story. Show all posts

Ringkasannya...

J U M A A T,  2 0  M E I  2 0 1 1

  Nampaknya sudah berapa kurun aku tak update blog hah ?? Lama betul aku tak update . Biasa la, sibuk je memanjang, itu kena buat, ini kena buat (bajet macam dah kawen je) Well, hari ni aku akan ringkaskan peristiwa-peristiwa penting yang tak sempat aku nak kongsikan yang telah berlaku dari 13 April sampailah 16 Mei . Kita mulakan ....

             19 April
                "Trip to Shah Alam, Selangor"

   Lawatan Kelab Koperasi ke Selangor yang meliputi tempat-tempat seperti ANGKASA, Taman Seni Islam, dan juga Bandar Roti High 5 . Tempat yang menjadi tumpuan aku adalah Taman Seni Islam .

Ketika di Angkasa

Bergambar bersama Mr.Bread di Bandar Roti High 5 . (rase nak je makan roti tu)

Di Taman Seni Islam . SubahanAllah . Cantiknya . Aku berasa sungguh kagum .

Di dalam Taman Seni Islam . Kalau nak tahu, monumen tu merupakan ayat " Alif Lam Mim" . Ayat pertama dalam Surah al-Baqarah .


29 April
" My Final MTQ and my Final Victory  "
 
 
    Inilah dia masa yang ditunggu-tunggu . MTQ peringkat Daerah Kinta Utara bertempat di SMTI Persiaran Brash , dimana sekolah-sekolah yang terbaik MTQ dari Zon A & Zon B bertemu . Ini merupakan kemuncak karier Khat aku di peringkat sekolah menengah .Oh ya, masa kat sini, aku dapat berjumpa dengan Ain Rizar (ex-SMKKPPI) dan juga...ada lah seorang lelaki tu . Dia ada kena mengena dengan "privacy" aku . Okeyh, lupakan pasal tu . Ternyata kali ni, saingan memang sengit teramat sangat . Lawan aku ada 5 orang . Sama juga peserta perempuan . Tapi walaupun 5 orang lawan aku, semuanya hebat-hebat ! SubahanAllah, cantik-cantik tulisan mereka (aku usha-usha sikit). Macam dah sampai tahap "Khattat" . Ustazah Fadzilah pun cakap tak berani nak tengok tulisan mereka . Tapi Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya mendapat Johan . Naib Johan peserta dari Ma'ahad al-Ummah, ke-3 dari Izzuddin Shah . Aku pun tak sangka boleh menang . Peserta perempuan sekolah aku dapat tempat ke-3 . Tak mengapa, dia boleh cuba lagi tahun hadapan . Walaupun ini penglibatan aku yang terakhir dalam arena MTQ, tapi aku tetap akan terus mendalami seni ini, dan seterusnya mengembangkannya dari generasi ke generasi yang seterusnya .


Gambar kemenangan bersama .
 
 
16 Mei
" Last Teacher's Day in SMKKPPI "
 
 
  Sambutan Hari Guru yang terakhir di SMKKPPI . Sebab tahun depan aku takda kat sini dah . Macam-macam yang berlaku tadi . Yang paling lawak masa nak potong kek . Entah macam mana, mikrofon boleh jatuh atas kek tu . Hahahaa . Belum pernah terjadi benda-benda macam ni sebelum ni . Peristiwa ni takkan aku lupakan sampai bila-bila . Ye lah kan, tahun last dekat sini .

Ustaz Rahim mengetuai nanyian lagu . hehee

Time upacara potong pulut .

Its McD Time !!

S E L A S A,  1 2  A P R I L  2 0 1 1

   Kerja sekolah memang banyak minggu ni . Macam sebulan punya kerja . So, aku, Aiman, Biel, Zayny & Hafiz berpakat untuk buat kerja sekolah di McD . Memang layan habis . Baru ada feel nak buat kerja . Air refill dekat 10 kali . Lupe lak, hari ni juga merupakan birthday sahabatku, Nabil Razaly ! Yaa, selamat hari lahir sahabatku, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat . Amiinn .







  Ohh ya, tadi aku terserempak pula dengan . . . (aku rasa you all tau siapa) di G.A . Hehehee . Kebetulan pula aku pakai baju yang dia hadiahkan tu . Memang tepat la pada waktunya . Apa-apa pun, hari ni aku tak latih budak KRS kawad . Aku dah fedup . Lebih baik aku buat kerja sekolah dengan sahabat-sahabatku lagi bagus dan bermanfaat (plus dapat makan McChicken + Chocolate Sundae) . Udoh-udoh le tu, jumpa lagi dalam entry yang akan datang .

    * EYKL : Lets think about future, study & GF . No more Cadet *



Mencuba Sesuatu Yang Baru

I S N I N,  1 1  A P R I L  2 0 1 1

  Jikalau sebelum ini, aku asyik sibuk menulis dan belajar khat jenis "Thuluth", kali ni aku ingin mencuba sesuatu yang baru iaitu khat "Diwani" . Khat Diwani muncul ketika zaman Khalifah Uthmaniyah . Ianya kelihatan begitu menarik dan kelihatan sukar untuk ditulis . Tetapi, jika kita belajar dan berlatih selalu, insya'Allah ianya akan menjadi mudah . Aku nak meningkatkan ilmu khat aku dengan mempelajari khat jenis "Diwani" . Ini baru sahaja peringkat percubaan . Belum lagi mula . Di bawah ini merupakan hasil tulisan pertama aku menggunakan khat jenis Diwani . Ada banyak yang perlu diperbetulkan . Ini baru peringkat percubaan .



   Apa-apa pun, aku akan cuba lagi khat Diwani ni . Aku akan mula secara perlahan-lahan . Sana seperti macam mana aku mula belajar khat Thuluth dahulu . Okeyh, thats all for today I think . Insya'Allah, I'll post my new artwork next time .

      * EYKL : Aku suka mencuba sesuatu yang baru . Tapi benda yang baik-baik je la *



A Day, Together . . .

A H A D,  1 0  A P R I L  2 0 1 1

     "Hari yang sungguh bermakna dan menggembirakan . Satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan . Ini juga kali pertama aku keluar dengan seseorang yang . . . seseorang yang errr . . . begitu istimewa dalam hidupku . Rasenye tak perlu aku terangkan panjang lebor macam karangan, you all mesti faham . Well, kakak 'DIA' tersangat-sangat la peramah dan baik orangnya .
Aku rasa selesa bersama dengan mereka ketika di Karnival Pendidikan Mara tadi . Pertemuan ini secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturrahim antara aku dengan ahli keluarganya . Sepanjang masa tadi, aku dapat rasakan suatu perasaan . Perasaan ini tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata . i'm speechless . Apa-apa pun, jutaan terima kasih kerana sudi bersama dengan kami tadi . You look soo beautiful today . This was a great moment and sweet memory in my life that I will NEVER ever ever forget . I love you so much "
Dari kiri, 'DIA', tengah tu kakak 'DIA', yang pegang air tu kawan kakak 'DIA'

* EYKL : Pertemuan kali ini, betul-betul mengubah diri aku . I don't know how to say, but it changed my life *




MTQ & MKI (pt 3) : Finally. . .

S A B T U,  9  A P R I L  2 0 1 1

   Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa tersayang, ustazah, kawan-kawan serta si "DIA" dan juga berkat perjuangan seni khat ini, buat kali pertamanya sejak tahun 2004, sekolah kita dapat juga Johan dalam pertandingan menulis khat kategori lelaki . Aku pun tak sangka boleh menang lawan dengan 23 buah sekolah . Tapi yang betul-betul ada kebolehan menulis cuma 3-4 sekolah saja . Lawan aku yang dapat naib johan, peserta dari Sekolah Izzuddin Shah menggunakan khat jenis "Diwani", aku pula guna khat jenis "Thuluth" . Tu dia, walaupun "Diwani" nampak lebih rumit, tapi "Thuluth" tetap menarik hati para juri . Habis semua ilmu dan kemahiran yang aku pelajari selama ni aku gunakan . Hasilnya, memuaskan . Markah aku 84% berbanding peserta dari Izzuddin 76% . Inilah kali pertama sekolah kita menang khat lelaki dan kali pertama menewaskan Sekolah Izzuddin Shah . 7 tahun tak pernah menang . Hehehee .
    Untuk pengetahuan semua, sebanyak 23 buah sekolah terlibat termasuklah kuasa besar MTQ seperti Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Chulan, Tarcesian Convent, Ma'ahad Imam Syafie dan juga RPS . Berikut adalah pencapaian MTQ & Festival Nasyid Zon B Daerah Kinta Utara SMK Kampung Pasir Puteh :

-Syarahan Perempuan : Naib Johan (Aina Madihah)
-Hafazan Perempuan   : Naib Johan (Afifah)
-Khat Perempuan        : Johan (Syahirah)
-Khat Lelaki                : Johan (aku sendiri)
-Keseluruhan               : SMKPPI Juara Keseluruhan MTQ kali ini

    Untuk pertandingan lain seperti nasyid, syarahan lelaki, hafazan lelaki, tilawah lelaki & perempuan, walaupun tewas, tapi sekurang-kurangnya anda semua berani berjuang untuk sekolah . Tanpa anda, markah SMK Kampung Pasir Puteh mesti sedikit dan tidak mungkin kita menjadi JUARA KESELURUHAN untuk MTQ kali ini dengan menewaskan 23 buah sekolah ! Kita semua menang sebagai satu sekolah, SMKKPPI ! Jutaan terima kasih diucapkan kepada ustazah-ustazah yang bertungkus lumus melatih kami, serta kepada semua penyokong setia SMKKPPI . Pertandingan peringkat daerah akan diadakan di SMTI (Brash) pada 23 April ini . Semoga sekolah kita mencapai kemenangan lagi .  Amiinn, Insya'Allah . Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan kerana pertandingan Khat tidak akan dipertandingkan di peringkat daerah .

Bergambar kenangan bersama piala pusingan di hadapan sekolah tercinta :)

    * EYKL : Kemenangan yang begitu bermakna, terutamanya buat kami form 5 tahun terakhir disini *


MTQ & MKI (pt 2) : It is time

J U M A A T,  8  A P R I L  2 0 1 1

    Tup tap, tup tap, dah 8 April . Esok 9 April, hari yang dinanti-nantikan . Esok ada Majlis Tadarus al-Quran peringkat Zon B yang akan berlangsung di SMK Rapat Setia . Lebih 20+ sekolah yang terlibat termasuklah Sekolah Izzuddin Shah yang sememangnya "Kuasa Besar" dalam MTQ . Nampaknya masaku sudah sampai untuk bertanding buat kali terakhir dalam arena ini . Kali pertama aku sertai ketika darjah 5 dan itulah kali pertama aku mendapat johan . Kali terakhir aku sertai adalah ketika tingkatan 5 yang akan berlangsung esok . Aku berharap sejarah kembali berulang . Aku doakan wakil-wakil pertandingan lain seperti Tilawah al-Quran, Syarahan, Hafazan dan Nasyid juga mencapai kemenangan . Buat yang terbaik . Cuba sedaya-upaya . Naikkan nama sekolah kita . Sekiranya kita tewas, sekurang-kurangnya kita sudah buat sehabis boleh . Sekiranya kita menang, itu satu kemenangan yang gilang-gemilang .  Semoga kita semua mencapai kemenangan esok . Selamat berjuang ! Amiinn .



* EYKL : Biar siapapun lawan kita, jangan sesekali memandang rendah kepada mereka dan jangan sesekali gentar berhadapan dengan mereka *



Ohh Man, Ur Getting Old .

J U M A A T,  1  A P R  I L  2 0 1 1

   Ohh Man, Ur getting old . Hahahaa . Man tu nama orang ya . Yaa, hari ni birthday sahabatku, Luqman Zulkifli . So, aku nak wish happy birthday to you dude ! Dekat setengah jam aku tunggu dekat wall kau nak post wish birthday supaya akulah orang pertama yang wish kat FB . Hehee ;) Apa-apa pun, selamat hari lahir . Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat . Sama-samalah kita hadapi SPM tahun ni dengan tabah ya .





Nahh chocolate untuk kau . hahahaa .

* EYKL : Hadiah aku bagi kemudian . Cuma lambat atau cepat saja sebab aku agak busy dalam sebulan dua ni . Hehee *



Syoknya Bila Aku . . .

I S N I N,  2 8  M A C  2 0 1 1

   Rekod terbaru telah dicatatkan pada hari ini . Masuk kali ni, sudah 5 kali aku pendekkan rambut aku . Sebelum rambut aku digunting "FREE" dekat "Salun SMKKPPI", lebih baik aku sodok rambut aku dulu dekat kedai gunting rambut sebelah Golden Apple yang dimiliki oleh bro Pakistan . Hahaa, aku suka rambut aku kali ni . Walaupun nampak macam botak sikit, tapi ada aku kesah ? Walau botak macam mana pun aku, macam mana rupa aku sekalipun, aku tetap Haikal . Aku tetap aku . No one can become like me . Tapi kan, ada keistimewaannya berambut pendek ni . Tadi lepas pergi klinik (aku ambil ubat), singgah Tesco kejap nak beli Yakult . Well macam biasa, kalau you all nampak ja ada budak pendek pakai baju hitam dengan seluar celoreng kat mana-mana, itu aku lah tu . Ada dua orang brader ni tadi, dia tengok aku semacam je . Dia cakap aku budak MTD (Maktab Tentera Diraja) . Hahahaa . Padehal aku budak kadet saja maaa . Tu yang best tu kalau berambut pendek, then pakai pakaian ala tentera . Mesti orang ingat aku budak askar punya . Macam sakai je kan .


   Okayy, esok ada dua pertandingan yang mana sekolah aku akan bertanding . Pertandingan bahas ala parlimen yang akan dilangsunkan di sekolah aku dan juga pertandingan bola jaring yang akan dilangsunkan di SMK Pinji . So, good luck dekat you all lah ye . Baca bismillah, doa dulu sebelum mulakan . Buat yang terbaik, jaga tingkah laku you all . Naikkan nama sekolah kita okayy . Semoga you all memperoleh kemenangan . Amiinn . Kepada "buah hatiku" yang terlibat dengan bola jaring esok, do the best . I always support you in whatever condition . Okayy guys, apa-apa pun, Good Luck untuk yang terlibat esok . Gambatteee ! Chaiyyookk !

         * EYKL : Yess, esok dapat aku cuti sehari sebab demam+sakit tekak takda suara+selesema+batuk . Wehehehee . Boleh la aku berlatih menulis sepuas-puasnya *


Congratulations !

R A B U,  2 3  M A C  2 0 1 1

   Tahniah diucapkan kepada pelajar Tingkatan 5 sekolah aku tahun lepas yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang ! Syabas dan tahniah diucapkan ! Kepada yang kecewa, jangan bersedih, hidup ini masih panjang lagi . Perjalanan anda masih jauh lagi . Banyak lagi cara untuk kita berjaya . Mungkin kita tidak hebat dalam bidang akademik . Tetapi mungkin kita hebat di bahagian lain ? So, jangan sia-siakan hidup ini . Life must be carry on ! Perjuangan baru sahaja bermula !


* EYKL : Tahniah kepada Hafiz Gulam kerana mendapat 9A+ ! Whoaaa, bukan senang tu *


MTQ & MKI (pt 1) : Kembalinya Seorang Wira Lapuk

S E L A S A,  2 2  M A C  2 0 1 1

    Assalamu'alaikum semua . Tajuk post kali ini agak menarik . Well, sebelum tu, aku sure yang ada di antara you all tidak mengerti apakah dia MTQ & MKI . MTQ ni merupakan Majlis Tadarus al-Quran manakala MKI pula ialah Mahrajan Kesenian Islam . Inilah merupakan pentas bagi anak-anak muda khususnya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah menunjukkan bakat mereka masing-masing sama ada membaca al-Quran, Hafazan, Syarahan, Nasyid, Bercerita, Menulis Jawi, dan juga Seni Khat Islami . Apa yang dinyatakan tadi merupakan acara-acara yang dipertandingkan di dalam MTQ & MKI . Bagi aku, program seperti ini amat bagus . Sekurang-kurangnya, anak-anak muda menunjukkan minat mereka dalam bidang-bidang seperti ini .


    Bila sebut sahaja MTQ & MKI, teringat pula sewaktu zaman sekolah rendah dahulu . Masa tu aku darjah 5 (tahun 2005), itulah kali pertama aku melibatkan diri dalam arena ini . Acara yang aku sertai ialah Menulis Jawi . Semua ni atas jasa yang tak ternilai oleh Ustazah Rosnah (ingat lagi aku nama dia) yang mendidik dan membawa aku ke dalam arena ini sehingga aku mewakili sekolah aku ketika itu (Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh) ke Peringkat Negeri yang dilangsungkan di Kuala Kangsar . Seterusnya pada tahun 2006, aku hanya mencapai tempat ketiga Daerah sahaja . Amat mengecewakan, lebih-lebih lagi sekolah aku yang menjadi tuan rumah . Maka dengan itu, tamatlah sudah karier aku dalam arena ini di peringkat sekolah rendah .


"Dunia Seni Khat"

     Masuk ke alam sekolah menengah pula, aku tidak menonjol dalam arena ini . Ini disebabkan acara Tulisan Jawi tidak dipertandingkan di sekolah menengah . Tapi, digantikan dengan acara yang lebih mencabar, memerlukan kreativiti, bakat, tumpuan yang sepenuhnya serta penghayatan . Ianya adalah, "Seni Khat Islami". Yup, acara menulis khat . Tapi, acara ini telah di-booking dulu oleh sahabatku, kerana dia lebih hebat dalam menulis khat . Sehinggalah pada tahun 2009, ketika aku tingkatan 3, itulah kali pertama aku menyertai acara ini dan itulah kali pertama aku melibatkan diri dalam arena MTQ & MKI sekolah menengah . Mentor aku ialah Ustazah Fadzilah Azani . Dia merupakan Ustazah yang arif dalam bidang seni khat . Namun begitu, aku hanya berjaya mendapat tempat ke-5 sahaja di peringkat zon dalam acara tersebut . Sekali lagi aku tewas di tempat sendiri (ketika itu sekolah aku, SMK Kampong Pasir Puteh menjadi tuan rumah). Tapi aku taklah kecewa sangat, aku boleh berbangga sedikit kerana daripada 22 buah sekolah yang bertanding dalam acara tersebut, aku tersenarai antara 5 terbaik termasuklah Johan acara khat, Sekolah Izzuddin . Aku hanya ada satu peluang sahaja untuk menebus kekalahan (tahun 2010 acara khat tidak ada) . Walau tewas, tapi itu tidak bermakna aku tewas dalam perjuangan mengembalikan kegemilangan Seni Islam .

Antara karya aku yang tak seberapa, "Kaligrafi Cinta". ianya ditulis dengan gaya "Thuluth"

   Tahun 2011 merupakan tahun terakhir persekolahan aku, tahun terakhir bagi aku untuk terlibat dalam pertandingan-pertandingan Kokurikulum . Alhamdulillah, tahun ni acara Khat dipertandingkan . Sekali lagi aku diberi peluang dan kepercayaan mewakili sekolah . MTQ & MKI peringkat zon akan diadakan di SMK Jelapang Jaya pada 9 April . So, aku hanya ada lebih kurang dua minggu saja lagi . Ini merupakan penglibatan aku yang terakhir dalam arena ini . Aku harap, aku dapat memenangi acara ini buat kali pertama dan terakhir bagi aku . Semoga peserta untuk acara Tilawah al-Quran, Nasyid, Syarahan serta Hafazan sekolah aku juga mencapai kejayaan .

* EYKL : Sedih pula rasanya . Lepas ni tak merasa dah pertandingan-pertandingan macam ni *




All the Best For Tomorrow : SPM Result

S E L A S A,  2 2  M A C  2 0 1 1

   Esok 23 Mac 2011 merupakan tarikh keramat dan tarikh penentu masa depan bagi semua calon SPM 2010 seluruh Malaysia . So, aku nak ucapkan good luck to all of you especially to my sister in Bainun (Nur Syuhada Haruddin) and all Form 5 Students of SMKKPPI . Semoga you all semua dapat result yang cemerlang . Tabahkan hati, kuatkan semangat . Kalau result gempak, bersyukur . Jangan pula berlagak dan riak . Ingat bagaimana anda mula dahulu . Bagi yang tidak mencapai result yang diingini, jangan pula menyerah kalah . Masih ada lagi ruang untuk anda berjaya . Apa-apa pun, all the best for tomorrow :)




* EYKL : Pss, cakap-cakap pasal result SPM, tahun ni aku akan menduduki SPM . Heheee . Nervous lak rasanya =.=" *

Kau ni tak tahu bersyukur ka ?

I S N I N,  2 1  F E B R U A R I  2 0 1 1

   Dengan kemampuan yang ada, dengan nikmat kesihatan tubuh badan yang ada pada diri aku, dalam post yang kali ini aku ingin berkongsi satu kisah dengan you all semua . Ceritanya tidaklah sehebat Hikayat Merong Mahawangsa, tidaklah segempak majalah Gempak, tetapi bukanlah niat aku ingin memperbesar cerita ini .
   Jika you all tengok tajuk post kali ini, mesti you all rasa aku nak bagi ceramah kan ? Tapi ni bukanla ceramah (aku ni serba kekurangan, ilmu pun tak penuh di dada lagi). Tapi ini adalah luahan perasaan dan satu nasihat yang boleh dikatakan PERLU . Sebelum aku mulakan, aku nak cakap yang aku ni BUKANLAH HEBAT SANGAT, tidak pula BAIK SANGAT, apatah lagi ALIM . Tapi ini hak aku untuk bersuara okayy .
    Baiklah mari kita mulakan . Sekiranya ada orang beri you all pemberian (hadiah), sedekah, bantuan atau yang seangkatan dengannya, adakah you all terima ? Aku boleh bajet 90% daripada you all terima . 5% lagi menolak manakala 5% lagi terima, tetapi dalam keadaan keberatan . Bagi aku, you all patut bersyukur dengan apa yang you all dapat . Walau sekecil mana sekalipun, walau sebesar mana sekalipun pemberian tersebut (melainkan benda tu benda haram, you all tolak la dengan cara yang baik). You all patut bersyukur dan berterima kasih . Namun begitu, terdapat sesetengah manusia yang apabila mereka mendapat pemberian daripada orang, mereka tidak tahu bersyukur langsung ! Bahkan mereka mengutuk, "Ek eleh, setakat benda ni nak buat apa ?" dan bermacam-macam lagi la karenahnya . Apa perasaan si pemberi agak-agaknya bila terdengar ni ? Mesti la SAKIT hati, kecil hati . Aku bagi contoh, Koperasi sekolah aku ada menghadiahkan stoking dan pen kepada semua ahli koperasi tahun lepas . Tapi ada la segelintir makhluk yang asal-usulnya aku tak tahu dari planet mana la kan, kutuk-kutuk pula pemberian tersebut, tak tahu bersyukur . Bagi aku, kalau la stoking dan pen tersebut diberi kepada anak-anak yatim, pelajar yang miskin, betapa seronok dan bersyukurnya mereka . Alahaii teman, tak tau bersyukurkah kau ?

Kucing yang takda akal pun boleh bersyukur .

    Okayy, sebenarnya post ini aku tujukan khas dekat kau . Mesti ramai yang tertanya-tanya, siapa 'kau' yang aku maksudkan ? Tak perlu la aku sebut nama dia, nanti mengaibkan dia pula . Biar dia sendiri mau ingat laa kan yang mulut dia tu memang puaka gila-gila la (mengalahkan Puaka Niang Rapik). Tapi si fulan ni pernah aku mention dalam post aku yang bertajuk When Bullshit is Bulshitting (klik untuk baca) . 
     Bila orang dah bagi sesuatu tu, berterima-kasih la . Tak perlu la nak kutuk-kutuk . Kalau tak suka, kenapa ambil ? Kenapa kau tak menolak dan pulangkan saja ? Nampak sangat la yang kau ni hipokrit . Sebab tu aku tak hairan kenapa ramai yang MELUAT dengan kau sampaikan tertubuhnya 2 Group anti kau dekat FB (tak perlu aku mention nama Group tersebut) Aku pun bersabar je la dengan mulut puaka kau ni . Tunggu la satu hari nanti, bila tahap kesabaran aku dah capai boiling point, memang aku sound kau direct hit . Nasihat aku, kalau ada orang bagi pemberian dekat you all, bersyukur la . Kalau tak suka, tolak la dengan cara yang baik . Tak perlu nak kutuk-kutuk okayy . Thats all for today . Selamat beramal .

* EYKL : Sorry kalau post aku ni menyakitkan hati, tapi aku 10000000000000 kali sakit hati dengan mulut puaka kau . *
    

     


Facebook or Facepork ?

A H A D,  1 3  M A C  2 0 1 1

   Assalamu'alaikum wahai ahli-ahli kubur . Post kali ini, aku nak ketengahkan satu isu yang sedang hangat  (hangat macam tahi ayam) sekarang ini . Ya, tengok tajuk post pun sudah tahu, tak lain tak bukan, isu tentang FACEPORK . Opppss, tersilap, FACEBOOK . Aku hantar post ni pun sebab aku sendiri sudah tak dapat menahan kesabaran . Sejak kebelakangan ni, kalau you all buka FB, lembap ya amat . Semua merungut, memaki hamun tak tentu pasal menyalahkan Internet la, Streamyx la, BerukBand (Broadband) & so freaking on laa . Tapi kan, kalau you all perasan, bukan Internet yang bersalah, tapi FB ! Ini telah terbukti melalui kajian yang telah dijalankan oleh aku sendiri bersama para saintis dari seluruh pelusuk dunia (padehal aku je). Aku try buka Youtube, oke saja, tak la lama sangat buffering dia . Try download lagu, tak sampai 3 minit dah siap . Tapi, bila nak login FB, perhhhh ! Aku rasa, sempat lagi aku pergi Libya bunuh Gaddafi, then datang sini balik . Tu belum lagi kira masuk profile . Nak tekan like pun ambil masa dekat 10 minit . Tengok siapa online pun tak dapat . Sampaikan nak logut pun, gila lama loadingnya . Aku pun tak pasti apa puncanya, mungkin disebabkan pengguna FB semakin ramai atau terlalu banyak aplikasi atau nak suro kita jangan leka sangat dengan FB (Hahahaa, kalau dah slow, tutup FB buat benda lain) atau. . . (aku dah tak tau nak tulis apa dah) . So, diharapkan masalah ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak FB . Itu saja untuk post kali ini, chow .

* EYKL : Pss, apa lagi, kalau FB ada problem, mai kembali ke Myspace . Hahaa *

Secara Tidak Rasminya . . .

S A B T U,  1 2  M A C  2 0 1 1

   Hari terakhir latihan kawad kaki KRS putera . Aku boleh katakan hari ni memang meriah sekolah aku walaupun cuti . Dengan adanya program cuti-cuti belajar dimana, semua pelajar Tingkatan 3 kena datang sekolah, latihan kawad kadet Polis, kadet Bomba & KRS . Whoaaa, sungguh meriah dan aktif sekolah aku . Pendek kata, penuh dataran bestari tu . Semuanya berlatih untuk sekolah, berjuang demi sekolah . Bagus . Semua komander lawan suara nampaknya . Bersemangat sungguh ! Well, lelaki hari ni cuma ada 5 baris . Form 5 yang ada hari ni aku, Waqie, Mie, Farhan, Apeh & Syahrin . Pukul 11 tamat latihan . Aku pun ingatkan tak hantar la ke daerah . Tapi, PELIK bin AJAIBNYA, Mr Z cakap, " Tak mengapa, kita hantar juga walaupun tak cukup baris . Dengan syarat, sekuran-kurangnya 8 baris, tapi memang kalah la . Janji ada pengalaman ". Kata-kata ni membuatkan aku bersemangat kembali ! Mana taknya, sepanjang 5 tahun aku kat sini, tak pernah pun KRS putera pergi ke daerah . Kali terakhir pada tahun 2005 (Zaman abang aku & kawan-kawannya). Aku pun tak la mengharap sangat, just nak merasa masuk daerah . Aku harap, lepas ni setiap kali latihan, cukup la baris . Bila ditanya kadet putera, semuanya nak pergi daerah . Jangan hanya omong kosong saja, latihan mesti datang oke . Sekian .


* EYKL : Pss, tadi "KL" kena sound dengan aku sebab tak datang latihan . Hahahaa . Kesian . *


Tsunami

J U M A A T,  1 1  M A C  2 0 1 1

          Pada hari ini juga, satu bencana alam telah berlaku di Negara Jepun . Gempa bumi yang berukuran 8.9 skala ritcher telah menggegarkan negara SAMURAI itu . Disebabkan gegaran yang kuat itu, maka terjadilah ombak Tsunami yang berukuran 7 meter menghentam Jepun . Nampaknya dunia sekarang sudah tidak stabil . Konflik di sana sini, bencana alam & sebagainya . Puncanya daripada siapa ? Haaa, tak lain tak bukan, kita juga . Mari sama-sama kita saksikan gambar di bawah ini .















* EYKL : Pss, semoga bencana sebegini tidak berulang di negara kita *