SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Away to GM

K H A M I S, 1 0  D I S E M B E R  2 0 1 0

    Tepat jam 6.30 pagi, hp kesayangan aku menyalak . Orait, its time to pray Subuh . Nasib baik sempat lagi . Dah la dalam pukul 5.00 pg tak silap aku, abang aku bergayut dgn "Iqa" dia . Tengah-tengah tidur pun sempat bergayut ? Nak berdarah telinga aku dengar depe sembang . Woi, kalo nak bergayut dengan SGF pun, pergi la kat bilik hang tu . Semak je tidur bilik aku, then bergayut dengan SGF ko tu . Aku nak tido pun tak nyenyak =___="


    Ok, lupakan pasal tu . Pagi ni aku nak pergi GM dengan mak aku . Aku nak survey barang-barang keperluan sekolah jap kat sana . Ayah aku bagi la duit belanja dalam RM 200, kalo tak cukup dia suro minta lagi . Aku konfirm tak cukup . Hahaha .


     Sampai ja kat GM, aku pun merayau-rayau la survey barang . Mulanya aku tengok kasut kulit . Harga mahal ya amat, RM 99.90 . Tapi aku usap-usap kasut tu, tak de kualiti langsung . Rata-rata sume kasut kulit kat sini, low quality with high price . Ada la yang kualiti dia bagus, harganya pun rendah . Tapi design pula aku tak suka . Cari beg sekolah, pun tak da yang aku berkenan . Harga murah . Aku pergi kat kedai Nike, tengok beg harga RM 100 . Cantik memang cantik, high quality, tapi mahal . Baik aku pergi kat al-Ikhsan, kat sana diorang offer beg jenama Adidas/Nike harga RM 50++ .


   Bila aku dah pegang duit banyak ni, mule la mata aku rambang . Cadangnya aku nak beli pendrive 8GB dgn earphone baru . Tapi bilar aku fikir punya fikir, pendrive kat rumah aku ada 4, earphone sihat wal'afiat lagi . Buat apa aku habis duit beli baru ? Haaa, tak jadi la aku beli . Aku berjaya melawan nafsu aku . Syabas Haikal .


   Oke, lastnya aku tak beli apa pun . Hahahaa . Tapi yang bagusnya GM ni, ramai peniaga-peniaga Melayu . Kalau macam kat Parade n' JJ, ramai Cine . Oke, itu saja untuk hari ini .




Sayonara 1431H

R A B U, 7  D I S E M B E R  2 0 1 0


Salam Ma'al Hijrah semua dan Selamat Menyambut Awal Muharram . Semoga di tahun Hijrah yang baru ini, mendatangkan sinar harapan baru kepada kita semua terutamanya umat Islam . Dan semoga kita lebih matang pada tahun 1432 Hijrah ini, dan hidup kita sentiasa disinari cahaya Islam . Segala yang berlaku pada tahun Hijrah yang lalu, dahpun berlalu . Anggaplah itu semua suratan takdir .


This is for our goodness

J U M A A T, 3  D I S E M B E R  2 0 1 0

      Hello everyone, its me again . Well, aku cuma mahu cakap yang aku adaa buat satu keputusan yang agak berani juga la . Aku mesej dia, aku cakap yang tak apa ke kalau kita mesej setiap hujung minggu je macam Jumaat/Sabtu/Ahad ?

       Mulanya, agak berat juga aku nak send mesej tu . Aku ingat nanti mesti dia cakap yang aku ni tak suka mesej dia ke . Tapi tak juga, dia cakap tak mengapa . Dia jarang topup lagi pon . Aku menarik nafas panjang tatkala mendengarnya . Then, aku balas lagi aku cakap la, aku bukan apa, aku taknak dia dengan aku LEKA . Dia pun cakap, tak apa-apa, betul juga .

          Nampaknya dia memang memahami apa yang aku inginkan . Bagus la kalau macam tu . Sebenarnya, ada banyak sebab aku taknak mesej dia selalu . Sebabnya, aku taknak aku dengan dia leka asyik mesej ja . Kedua, aku nak beri ruang kepada dia untuk buat kerja dia sendiri, dalam erti kata lain, kalau aku mesej dia setiap hari siang malam pagi petang, bila pula dia nak selesaikan kerja dia ? Ketiga, aku ni bukanla jenis manusia yang suka sangat mesej lama-lama .

        So, kalau mesej pada hujung minggu je pun dah memadai . Lagipun jimat kredit kedua-dua pihak, betol tak ? Tapi aku ada cakap dekat dia, kalau ada apa-apa benda yang penting ke, mesej je aku bila-bila . Peace, no war .