SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Operation Odyssey Dawn : Another Crusade

A H A D,  2 0  M A C  2 0 1 1

   Pada awal pagi ini, Amerika Syarikat serta sekutu-sekutu sepapatnya telah melancarkan operasi ketenteraan ke atas Libya . Operasi tersebut dinamakan sebagai "Operation Odyssey Dawn". Selain Amerika Syarikat, turut serta dalam operasi ini ialah Britain, Perancis, Denmark, Italy dan Kanada (kemungkinan akan ada lebih ramai negara barat yang turut serta). Lebih dari 110 peluru berpandu (Cruise Missile) telah dilancarkan . Jet-jet pejuang Perancis juga telah dilepaskan dan telah memusnahkan kereta kebal milik Libya (T-72, T-54/55) di Benghazi .

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini : Kavkazcenter.com  /  Bujuangsusah

Di bawah ini merupakan video al-Jazeera berkenaan dengan aset persenjataan yang digunakan oleh Tentera U.S serta sekutunya dan juga aset persenjataan yang digunakan Libya .







 Pada pendapat aku, sekarang ni Tentera Pemberontak Libya mempunyai 3 pilihan, meneruskan menentang Gaddafi dengan membantu Tentera Pakatan, menentang Gaddafi tetapi tidak membantu Tentera Pakatan dan juga pilihan terakhir bergabung dengan Gaddafi menghalau menentang Tentera Pakatan . Bagi aku , perang ini tak munasabah dan ada muslihat tersendiri . Libya merupakan salah satu negara yang kaya dengan minyak . Kemungkinan besar (mungkin lebih besar !) U.S mahukan minyak di negara itu sepertimana mereka mahukan di Iraq . Dan kalau aku jadi Gaddafi, aku akan letak jawatan, tetapi mengeluarkan seruan terakhir supaya rakyat Libya serta umat Islam seluruh dunia bersatu menentang Tentera Pakatan .
   Untuk perang kali ini, sekali lagi peranan OIC dan negara-negara Islam yang lain akan diperlihatkan kepada dunia . Adakah mereka hanya duduk diam, kekal statik tetapi mulut tidak henti-henti, bahkan berbuih-buih mengutuk pencerobohan Tentera Pakatan ke atas Libya ? Takkan hanya itu saja yang mereka mampu . Sedangkan mereka boleh membuat satu sidang tergempar, lancarkan operasi bantuan ketenteraan ke atas Libya, dimana setiap satu negara Islam perlu menghantar pasukan tentera khas ke Libya bagi membantu melawan Tentara Pakatan . Mungkin ini kedengaran agak mustahil dan tidak masuk akal . Namun begitu, takkan nak tunggu dan lihat saja apa akan terjadi seterusnya ? Bagi rakyat biasa pula, kita hanya mampu berdoa dan membenci dengan hati terhadap pencerobohan yang dilakukan . Sampai sini saja la, tapi aku memang tak puas hati dengan pencerobohan yang dilakukan ni . Biarla rakyat Libya sendiri yang menentukan nasib mereka . Kenapa perlu ada campur tangan luar ? Sama-sama kita saksikan apa tindakan negara-negara Islam dan apa yang akan berlaku selepas ini . Insya'Allah, aku akan post artikel tentang penglibatan masyarakat Islam seluruh dunia (termasuk beberapa rakyat Malaysia !) secara langsung dalam perang Afghanistan menentang komunis USSR pada 1979-1989 yang lalu untuk diambil sebagai kisah tauladan dan iktibar . Selamat beramal . Wallahu'alam .

* EYKL : Teringat pula kisah kejatuhan Kerajaan Abassiyah, kisahnya ada mirip sedikit seperti apa yang berlaku di Libya sekarang ini .*


Cakap Tak Serupa Bikin (part 1)

   Assalamu'alaikum, hello guys . Dalam post kali ini yang agak panjang lebar (nama pun artikel, mesti la panjang), aku nak kongsikan pendapat aku dekat you all . Pendapat apa ?  Yaaa, pendapat aku tentang sesetengah manusia yang cakap tak serupa bikin . Apa itu cakap tak serupa bikin ? In my opinion, cakap tak serupa bikin ni bererti, menyatakan hasrat/berikrar/berjanji untuk melakukan sesuatu perkara atau menjalankan seseuatu tugas tetapi tidak melakukan/menjalankannya mengikut apa yang telah dilafazkannya . Nak dipendekkan cerita, cakap lain, tapi buatnya lain atau tak buat/melaksanakan/menjalankannya langsung . Haaa, aku rasa dah cukup jelas dah (tak perlu jelaskan pun you all dah tau). Ini bagi pendapat aku la, setiap orang ada pendapatnya tersendiri, berbezea-beza, tak sama okay .
      Bagi aku, mereka yang mungkir janji juga dikategorikan dalam golongan ini . Adakah you all tergolong dalam golongan ini ? Haaa, aku yakin, you all ni baik-baik orangnya, kan kan kan ? Hmmmm . . okeyh, back to topic . Kalau kita mahukan sesuatu, mencapai sesuatu, mestilah kena ada usaha, doa & tawakkal . Bukannya hanya melafazkan sesuatu, then goyang kaki, bukak pc online FB . Hahahaa . Aku bagi satu contoh yang mudah la tentang cakap tak serupa bikin ni . Ada seorang mamat ni . Dia berhasrat nak dapat straight A's dalam SPM, tapi dia tak study langsung . Sebaliknya, mamat ni suka sangat lepak sana, lepak sini, rempit sana rempit sini, usha awek sana, usha awek sini . Adakah apa yang dia lakukan tu, memadai dengan apa yang telah dia lafazkan ??? Apa yang mamat tu bikin , tak serupa dengan apa yang dia cakap . Weyh, nak duit, kena la kerja . Duit takkan turun dari langit macam hujan rahmat turun membasahi bumi . Nak cari sekupang pun susah tau . Cuba try pergi dekat padang bola, cari sekupang . Tak pun, terjun dalam sungai, try cari sekupang . Jangan katakan sekupang, satu sen pun tak jumpa (lain la kalau memang ada duit yang tercicir). Lagi satu contoh, kalau nak tackle awek, mesti la ada usaha/plan/strategi . Bukannya tunggu awek tu datang dekat korang . Kalau macam tu, membujang sampai ke tua la korang . Korang kena la dapatkan info tentang si dia secukupnya, buat persediaan untuk meluahkan perasaan kat si dia & bla bla bla (aku akan post artikel tentang cara-cara nak tackle nanti okeyh). Lain la kalau keluarga korang yang rancang perkahwinan korang (jodohkan korang dengan si fulan). Sama juga jika kita sebagai seorang PEMIMPIN . Apa yang kita janjikan, apa yang kita nyatakan dalam manifesto semasa berkempen, hendaklah dikotakan, dilakukan dan dibuktikan . Bukan hanya menabur janji kosong . Bukan hanya omong kosong. Kalau kita berjanji/lafazkan sesuatu/menyatakan sesuatu, apa yang kita lakukan itu mesti la kena dengan apa yang kita lafazkan/nyatakan/janjikan . Itu baru namanya CAKAP SERUPA BIKIN .



        Dalam bercinta juga, perkara ini harus dielakkan sama sekali . Sama ada you all lelaki atau perempuan, kalau rasa-rasa tak boleh nak mencintai seseorang, setia dekat seseorang, TAK PAYAH bercinta ! Aku ulang, TAK PAYAH ! Terus terang aku cakap .You all hanya mempermainkan hati orang saja . Buat orang sakit hati saja . Cuba kalau you all ada SBF/SGF, then dia cakap dia setia dekat you all . Yang you all ni pula mengharapkan sangat-sangat la & setia pada si dia . Tetapi, dalam diam-diam dia curang dengan you all . Ataupun, dia minta putus dengan you all atas sebab yang tak munasabah tapi sebenarnya dia dah tak suka & jemu dengan you all . Apa yang you all rasa ? Hahahaa . Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui . So nasihat aku, kalau dalam bercinta ni, please la, if rasa-rasa tak mampu nak melakukan sesuatu tu, jangan la berjanji . You all hanya mempermainkan hati dan perasaan orang saja . Cakap tak serupa bikin . Mereka yang mungkir janji ni sama macam Yahudi Laknatullah sebab Yahudi Laknatullah ni suka mungkir janji .
       Okay guys, sampai disini saja . Minta maaf la sekiranya ayat BM aku tunggang langgang . Hahahaa . Ni bukan dalam exam ek, tapi ni blog . So, ayat & language bebas . And blog ni kepunyaan aku 100% . Nanti aku akan ceritakan pengalaman-pengalaman aku bersama dengan golongan ini pada post yang akan datang . So, nantikan post yang akan datang & stay in touch with us . Selamat beramal .

* EYKL : Setiap apa yang kamu katakan itu merupakan satu janji walaupun kamu tak mengatakan kamu berjanji . So, sebelum berkata-kata, fikir dua tiga kali dahulu . *



Rise of Libya

R A B U,  1 6  M A C  2 0 1 1

   Post kali ini, krisis di Libya . Pelbagai konflik sedang melanda dunia sekarang ini . Mengambil inspirasi daripada kejayaan rakyat Mesir dan Tunisia menjatuhkan pemimpin masing-masing, Libya kini mengikut jejak langkah mereka . Konflik ini bermula pada bulan Februari tahun ini sehinggalah ke hari ini . Rakyat Libya mendesak pemimpin mereka, Muammar Gaddafi meletakkan jawatan setelah 41 tahun berkuasa .Tetapi, pemimpin kuku besi  itu memilih untuk terus mencengkam kepada sisa terakhir kuasanya dengan menggunakan angkatan tentera, unit keselamatan khas, askar upahan dari pelbagai negara luar lain dan tentu sekali, ahli keluarganya . Tindakan Gaddafi itu menyebabkan sebahagian besar pegawai kanan tentera, pegawai pentadbir kerajaan, anggota Kabinet dan diplomat memilih untuk berpaling tadah dan menyokong penunjuk perasaan . Ulama' terkemuka dunia, Yussuf al-Qaradhawi juga telah mengeluarkan fatwa membunuh Gaddafi .
     Kebangkitan rakyat menentang pemerintahannya selama 41 tahun merebak dengan cepat dari bandar kedua terbesar Libya, Benghazi ke pinggir ibu negara, Tripoli, iaitu benteng terakhir Gaddafi. Namun begitu, sehingga kini masih tiada pengakhiran bagi krisis ini .  Ramai tentera yang pada mulanya setia kepada Gaddafi, tetapi berpaling tadah menentangnya .

Tentang habis-habisan, walau dengan apa jua senjata sekalipun .

Atas kerusi office pun jadi

Bersemangat sungguh . Dibelakangnya, BM-21 sedang melancarkan roket ke arah kedudukan tentera Gaddafi .


Tembak saja, kami sanggup mati .

Cara kreatif untuk menembak pesawat pejuang Gaddafi

Allah selamatkan Libya

Solat tetap tidak ditinggalkan

Tentera Gaddafi yang belot, seterusnya menyertai penunjuk perasaan

Lagi tentera Gaddafi yang belot menyertai penunjuk perasaan .

Ini dia pemimpin kuku besi, Muammar Gaddafi

Lawan tetap lawan, lawan sehingga peluru terakhir .


Pasukan penentang sedang mengawal
Roket dilancarkan ke arah kedudukan musuh .


  Muammar Gaddafi sungguh kejam, mengarahkan penunjuk perasaan ditembak dengan peluru hidup, mengebom masjid dan sebagainya . Semoga penentang-penentang Gaddafi mencapai kemenangan berjihad menentang pemimpin zalim . Allah bless them all, Allah save Islam, Allah save Libya . Allahuakbar !

* EYKL : Memang berjuang itu terkorban, Kerana kita berjuang untuk berkorban, Itulah asam garam perjuangan, Syarat mendapat cinta Allah . Lirik lagu The Zikr, Wahai Mujahid *