SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Facebook or Facepork ?

A H A D,  1 3  M A C  2 0 1 1

   Assalamu'alaikum wahai ahli-ahli kubur . Post kali ini, aku nak ketengahkan satu isu yang sedang hangat  (hangat macam tahi ayam) sekarang ini . Ya, tengok tajuk post pun sudah tahu, tak lain tak bukan, isu tentang FACEPORK . Opppss, tersilap, FACEBOOK . Aku hantar post ni pun sebab aku sendiri sudah tak dapat menahan kesabaran . Sejak kebelakangan ni, kalau you all buka FB, lembap ya amat . Semua merungut, memaki hamun tak tentu pasal menyalahkan Internet la, Streamyx la, BerukBand (Broadband) & so freaking on laa . Tapi kan, kalau you all perasan, bukan Internet yang bersalah, tapi FB ! Ini telah terbukti melalui kajian yang telah dijalankan oleh aku sendiri bersama para saintis dari seluruh pelusuk dunia (padehal aku je). Aku try buka Youtube, oke saja, tak la lama sangat buffering dia . Try download lagu, tak sampai 3 minit dah siap . Tapi, bila nak login FB, perhhhh ! Aku rasa, sempat lagi aku pergi Libya bunuh Gaddafi, then datang sini balik . Tu belum lagi kira masuk profile . Nak tekan like pun ambil masa dekat 10 minit . Tengok siapa online pun tak dapat . Sampaikan nak logut pun, gila lama loadingnya . Aku pun tak pasti apa puncanya, mungkin disebabkan pengguna FB semakin ramai atau terlalu banyak aplikasi atau nak suro kita jangan leka sangat dengan FB (Hahahaa, kalau dah slow, tutup FB buat benda lain) atau. . . (aku dah tak tau nak tulis apa dah) . So, diharapkan masalah ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak FB . Itu saja untuk post kali ini, chow .

* EYKL : Pss, apa lagi, kalau FB ada problem, mai kembali ke Myspace . Hahaa *

Secara Tidak Rasminya . . .

S A B T U,  1 2  M A C  2 0 1 1

   Hari terakhir latihan kawad kaki KRS putera . Aku boleh katakan hari ni memang meriah sekolah aku walaupun cuti . Dengan adanya program cuti-cuti belajar dimana, semua pelajar Tingkatan 3 kena datang sekolah, latihan kawad kadet Polis, kadet Bomba & KRS . Whoaaa, sungguh meriah dan aktif sekolah aku . Pendek kata, penuh dataran bestari tu . Semuanya berlatih untuk sekolah, berjuang demi sekolah . Bagus . Semua komander lawan suara nampaknya . Bersemangat sungguh ! Well, lelaki hari ni cuma ada 5 baris . Form 5 yang ada hari ni aku, Waqie, Mie, Farhan, Apeh & Syahrin . Pukul 11 tamat latihan . Aku pun ingatkan tak hantar la ke daerah . Tapi, PELIK bin AJAIBNYA, Mr Z cakap, " Tak mengapa, kita hantar juga walaupun tak cukup baris . Dengan syarat, sekuran-kurangnya 8 baris, tapi memang kalah la . Janji ada pengalaman ". Kata-kata ni membuatkan aku bersemangat kembali ! Mana taknya, sepanjang 5 tahun aku kat sini, tak pernah pun KRS putera pergi ke daerah . Kali terakhir pada tahun 2005 (Zaman abang aku & kawan-kawannya). Aku pun tak la mengharap sangat, just nak merasa masuk daerah . Aku harap, lepas ni setiap kali latihan, cukup la baris . Bila ditanya kadet putera, semuanya nak pergi daerah . Jangan hanya omong kosong saja, latihan mesti datang oke . Sekian .


* EYKL : Pss, tadi "KL" kena sound dengan aku sebab tak datang latihan . Hahahaa . Kesian . *


Tsunami

J U M A A T,  1 1  M A C  2 0 1 1

          Pada hari ini juga, satu bencana alam telah berlaku di Negara Jepun . Gempa bumi yang berukuran 8.9 skala ritcher telah menggegarkan negara SAMURAI itu . Disebabkan gegaran yang kuat itu, maka terjadilah ombak Tsunami yang berukuran 7 meter menghentam Jepun . Nampaknya dunia sekarang sudah tidak stabil . Konflik di sana sini, bencana alam & sebagainya . Puncanya daripada siapa ? Haaa, tak lain tak bukan, kita juga . Mari sama-sama kita saksikan gambar di bawah ini .















* EYKL : Pss, semoga bencana sebegini tidak berulang di negara kita *