SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Its McD Time !!

S E L A S A,  1 2  A P R I L  2 0 1 1

   Kerja sekolah memang banyak minggu ni . Macam sebulan punya kerja . So, aku, Aiman, Biel, Zayny & Hafiz berpakat untuk buat kerja sekolah di McD . Memang layan habis . Baru ada feel nak buat kerja . Air refill dekat 10 kali . Lupe lak, hari ni juga merupakan birthday sahabatku, Nabil Razaly ! Yaa, selamat hari lahir sahabatku, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat . Amiinn .







  Ohh ya, tadi aku terserempak pula dengan . . . (aku rasa you all tau siapa) di G.A . Hehehee . Kebetulan pula aku pakai baju yang dia hadiahkan tu . Memang tepat la pada waktunya . Apa-apa pun, hari ni aku tak latih budak KRS kawad . Aku dah fedup . Lebih baik aku buat kerja sekolah dengan sahabat-sahabatku lagi bagus dan bermanfaat (plus dapat makan McChicken + Chocolate Sundae) . Udoh-udoh le tu, jumpa lagi dalam entry yang akan datang .

    * EYKL : Lets think about future, study & GF . No more Cadet *



Mencuba Sesuatu Yang Baru

I S N I N,  1 1  A P R I L  2 0 1 1

  Jikalau sebelum ini, aku asyik sibuk menulis dan belajar khat jenis "Thuluth", kali ni aku ingin mencuba sesuatu yang baru iaitu khat "Diwani" . Khat Diwani muncul ketika zaman Khalifah Uthmaniyah . Ianya kelihatan begitu menarik dan kelihatan sukar untuk ditulis . Tetapi, jika kita belajar dan berlatih selalu, insya'Allah ianya akan menjadi mudah . Aku nak meningkatkan ilmu khat aku dengan mempelajari khat jenis "Diwani" . Ini baru sahaja peringkat percubaan . Belum lagi mula . Di bawah ini merupakan hasil tulisan pertama aku menggunakan khat jenis Diwani . Ada banyak yang perlu diperbetulkan . Ini baru peringkat percubaan .



   Apa-apa pun, aku akan cuba lagi khat Diwani ni . Aku akan mula secara perlahan-lahan . Sana seperti macam mana aku mula belajar khat Thuluth dahulu . Okeyh, thats all for today I think . Insya'Allah, I'll post my new artwork next time .

      * EYKL : Aku suka mencuba sesuatu yang baru . Tapi benda yang baik-baik je la *



A Day, Together . . .

A H A D,  1 0  A P R I L  2 0 1 1

     "Hari yang sungguh bermakna dan menggembirakan . Satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan . Ini juga kali pertama aku keluar dengan seseorang yang . . . seseorang yang errr . . . begitu istimewa dalam hidupku . Rasenye tak perlu aku terangkan panjang lebor macam karangan, you all mesti faham . Well, kakak 'DIA' tersangat-sangat la peramah dan baik orangnya .
Aku rasa selesa bersama dengan mereka ketika di Karnival Pendidikan Mara tadi . Pertemuan ini secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturrahim antara aku dengan ahli keluarganya . Sepanjang masa tadi, aku dapat rasakan suatu perasaan . Perasaan ini tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata . i'm speechless . Apa-apa pun, jutaan terima kasih kerana sudi bersama dengan kami tadi . You look soo beautiful today . This was a great moment and sweet memory in my life that I will NEVER ever ever forget . I love you so much "
Dari kiri, 'DIA', tengah tu kakak 'DIA', yang pegang air tu kawan kakak 'DIA'

* EYKL : Pertemuan kali ini, betul-betul mengubah diri aku . I don't know how to say, but it changed my life *