Jikalau sebelum ini, aku asyik sibuk menulis dan belajar khat jenis "Thuluth", kali ni aku ingin mencuba sesuatu yang baru iaitu khat "Diwani" . Khat Diwani muncul ketika zaman Khalifah Uthmaniyah . Ianya kelihatan begitu menarik dan kelihatan sukar untuk ditulis . Tetapi, jika kita belajar dan berlatih selalu, insya'Allah ianya akan menjadi mudah . Aku nak meningkatkan ilmu khat aku dengan mempelajari khat jenis "Diwani" . Ini baru sahaja peringkat percubaan . Belum lagi mula . Di bawah ini merupakan hasil tulisan pertama aku menggunakan khat jenis Diwani . Ada banyak yang perlu diperbetulkan . Ini baru peringkat percubaan .
* EYKL : Aku suka mencuba sesuatu yang baru . Tapi benda yang baik-baik je la *