S A B T U, 9 A P R I L 2 0 1 1
Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa tersayang, ustazah, kawan-kawan serta si "DIA" dan juga berkat perjuangan seni khat ini, buat kali pertamanya sejak tahun 2004, sekolah kita dapat juga Johan dalam pertandingan menulis khat kategori lelaki . Aku pun tak sangka boleh menang lawan dengan 23 buah sekolah . Tapi yang betul-betul ada kebolehan menulis cuma 3-4 sekolah saja . Lawan aku yang dapat naib johan, peserta dari Sekolah Izzuddin Shah menggunakan khat jenis "Diwani", aku pula guna khat jenis "Thuluth" . Tu dia, walaupun "Diwani" nampak lebih rumit, tapi "Thuluth" tetap menarik hati para juri . Habis semua ilmu dan kemahiran yang aku pelajari selama ni aku gunakan . Hasilnya, memuaskan . Markah aku 84% berbanding peserta dari Izzuddin 76% . Inilah kali pertama sekolah kita menang khat lelaki dan kali pertama menewaskan Sekolah Izzuddin Shah . 7 tahun tak pernah menang . Hehehee .
Untuk pengetahuan semua, sebanyak 23 buah sekolah terlibat termasuklah kuasa besar MTQ seperti Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Chulan, Tarcesian Convent, Ma'ahad Imam Syafie dan juga RPS . Berikut adalah pencapaian MTQ & Festival Nasyid Zon B Daerah Kinta Utara SMK Kampung Pasir Puteh :
-Syarahan Perempuan : Naib Johan (Aina Madihah)
-Hafazan Perempuan : Naib Johan (Afifah)
-Khat Perempuan : Johan (Syahirah)
-Khat Lelaki : Johan (aku sendiri)
-Keseluruhan : SMKPPI Juara Keseluruhan MTQ kali ini
Untuk pertandingan lain seperti nasyid, syarahan lelaki, hafazan lelaki, tilawah lelaki & perempuan, walaupun tewas, tapi sekurang-kurangnya anda semua berani berjuang untuk sekolah . Tanpa anda, markah SMK Kampung Pasir Puteh mesti sedikit dan tidak mungkin kita menjadi JUARA KESELURUHAN untuk MTQ kali ini dengan menewaskan 23 buah sekolah ! Kita semua menang sebagai satu sekolah, SMKKPPI ! Jutaan terima kasih diucapkan kepada ustazah-ustazah yang bertungkus lumus melatih kami, serta kepada semua penyokong setia SMKKPPI . Pertandingan peringkat daerah akan diadakan di SMTI (Brash) pada 23 April ini . Semoga sekolah kita mencapai kemenangan lagi . Amiinn, Insya'Allah . Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan kerana pertandingan Khat tidak akan dipertandingkan di peringkat daerah .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQvezcLr7RJgxkVhqRL_mIlL8N1iyZpoeroahXrZlmIBWjHUq1CFoP93epwSK9RSDw8NIidK5gTE4u6twgZKxYhNxDVlFWGHhWn8NCd-L6Jq-HcjDWx-Y1sqvqcAsEafTIaCIp_ODn4Gs/s400/215950_1954249574413_1187900085_2343006_6473056_n.jpg) |
Bergambar kenangan bersama piala pusingan di hadapan sekolah tercinta :) |
* EYKL : Kemenangan yang begitu bermakna, terutamanya buat kami form 5 tahun terakhir disini *