Untuk pengetahuan semua, sebanyak 23 buah sekolah terlibat termasuklah kuasa besar MTQ seperti Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Chulan, Tarcesian Convent, Ma'ahad Imam Syafie dan juga RPS . Berikut adalah pencapaian MTQ & Festival Nasyid Zon B Daerah Kinta Utara SMK Kampung Pasir Puteh :
-Syarahan Perempuan : Naib Johan (Aina Madihah)
-Hafazan Perempuan : Naib Johan (Afifah)
-Khat Perempuan : Johan (Syahirah)
-Khat Lelaki : Johan (aku sendiri)
-Keseluruhan : SMKPPI Juara Keseluruhan MTQ kali ini
Untuk pertandingan lain seperti nasyid, syarahan lelaki, hafazan lelaki, tilawah lelaki & perempuan, walaupun tewas, tapi sekurang-kurangnya anda semua berani berjuang untuk sekolah . Tanpa anda, markah SMK Kampung Pasir Puteh mesti sedikit dan tidak mungkin kita menjadi JUARA KESELURUHAN untuk MTQ kali ini dengan menewaskan 23 buah sekolah ! Kita semua menang sebagai satu sekolah, SMKKPPI ! Jutaan terima kasih diucapkan kepada ustazah-ustazah yang bertungkus lumus melatih kami, serta kepada semua penyokong setia SMKKPPI . Pertandingan peringkat daerah akan diadakan di SMTI (Brash) pada 23 April ini . Semoga sekolah kita mencapai kemenangan lagi . Amiinn, Insya'Allah . Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan kerana pertandingan Khat tidak akan dipertandingkan di peringkat daerah .
Bergambar kenangan bersama piala pusingan di hadapan sekolah tercinta :) |
* EYKL : Kemenangan yang begitu bermakna, terutamanya buat kami form 5 tahun terakhir disini *