SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Kau ni tak tahu bersyukur ka ?

I S N I N,  2 1  F E B R U A R I  2 0 1 1

   Dengan kemampuan yang ada, dengan nikmat kesihatan tubuh badan yang ada pada diri aku, dalam post yang kali ini aku ingin berkongsi satu kisah dengan you all semua . Ceritanya tidaklah sehebat Hikayat Merong Mahawangsa, tidaklah segempak majalah Gempak, tetapi bukanlah niat aku ingin memperbesar cerita ini .
   Jika you all tengok tajuk post kali ini, mesti you all rasa aku nak bagi ceramah kan ? Tapi ni bukanla ceramah (aku ni serba kekurangan, ilmu pun tak penuh di dada lagi). Tapi ini adalah luahan perasaan dan satu nasihat yang boleh dikatakan PERLU . Sebelum aku mulakan, aku nak cakap yang aku ni BUKANLAH HEBAT SANGAT, tidak pula BAIK SANGAT, apatah lagi ALIM . Tapi ini hak aku untuk bersuara okayy .
    Baiklah mari kita mulakan . Sekiranya ada orang beri you all pemberian (hadiah), sedekah, bantuan atau yang seangkatan dengannya, adakah you all terima ? Aku boleh bajet 90% daripada you all terima . 5% lagi menolak manakala 5% lagi terima, tetapi dalam keadaan keberatan . Bagi aku, you all patut bersyukur dengan apa yang you all dapat . Walau sekecil mana sekalipun, walau sebesar mana sekalipun pemberian tersebut (melainkan benda tu benda haram, you all tolak la dengan cara yang baik). You all patut bersyukur dan berterima kasih . Namun begitu, terdapat sesetengah manusia yang apabila mereka mendapat pemberian daripada orang, mereka tidak tahu bersyukur langsung ! Bahkan mereka mengutuk, "Ek eleh, setakat benda ni nak buat apa ?" dan bermacam-macam lagi la karenahnya . Apa perasaan si pemberi agak-agaknya bila terdengar ni ? Mesti la SAKIT hati, kecil hati . Aku bagi contoh, Koperasi sekolah aku ada menghadiahkan stoking dan pen kepada semua ahli koperasi tahun lepas . Tapi ada la segelintir makhluk yang asal-usulnya aku tak tahu dari planet mana la kan, kutuk-kutuk pula pemberian tersebut, tak tahu bersyukur . Bagi aku, kalau la stoking dan pen tersebut diberi kepada anak-anak yatim, pelajar yang miskin, betapa seronok dan bersyukurnya mereka . Alahaii teman, tak tau bersyukurkah kau ?

Kucing yang takda akal pun boleh bersyukur .

    Okayy, sebenarnya post ini aku tujukan khas dekat kau . Mesti ramai yang tertanya-tanya, siapa 'kau' yang aku maksudkan ? Tak perlu la aku sebut nama dia, nanti mengaibkan dia pula . Biar dia sendiri mau ingat laa kan yang mulut dia tu memang puaka gila-gila la (mengalahkan Puaka Niang Rapik). Tapi si fulan ni pernah aku mention dalam post aku yang bertajuk When Bullshit is Bulshitting (klik untuk baca) . 
     Bila orang dah bagi sesuatu tu, berterima-kasih la . Tak perlu la nak kutuk-kutuk . Kalau tak suka, kenapa ambil ? Kenapa kau tak menolak dan pulangkan saja ? Nampak sangat la yang kau ni hipokrit . Sebab tu aku tak hairan kenapa ramai yang MELUAT dengan kau sampaikan tertubuhnya 2 Group anti kau dekat FB (tak perlu aku mention nama Group tersebut) Aku pun bersabar je la dengan mulut puaka kau ni . Tunggu la satu hari nanti, bila tahap kesabaran aku dah capai boiling point, memang aku sound kau direct hit . Nasihat aku, kalau ada orang bagi pemberian dekat you all, bersyukur la . Kalau tak suka, tolak la dengan cara yang baik . Tak perlu nak kutuk-kutuk okayy . Thats all for today . Selamat beramal .

* EYKL : Sorry kalau post aku ni menyakitkan hati, tapi aku 10000000000000 kali sakit hati dengan mulut puaka kau . *