SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Bahasa Sakai-Cikai (part 1)

Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang 'Bahasa Sakai-Cikai'. Haaaa, pelik kan ? Tak mengapa, korang teruskan membaca . Nanti korang faham . Aku lahir pada 1/6/1994 . So, aku tak terlepas dari zaman ICT yang serba canggih . Bahasanya pun memang 'canggih' . Aku pelik betul lah zaman sekarang ni . Budak-budak zaman sekarang kalau send mesej or chat, mesti bahasa/ayat yang diorang guna agak sakai . Contohnya ada tambah huruf 'W' dan sebagainya . Bahasa ni dinamakan sebagai bahasa 'Rempit', 'Pasar', 'Gedik' dan banyak lagi la namanya . Aku tunjukkan kat korang semua contoh-contoh perkataan asal yang telah diubah menjadi 'canggih'


  • Aku - Aq/Akuw
  • Dia  - Dyew/diew
  • Pun  - Pown
  • Itu    - Ituw
  • gila   - Glew/gilew
  • kau   - Kaw
  • mana - Mnew/manew
  • lupa   - Lpew/lupew
  • kot    - Kowt
  • kita    - Ktew/Kitew/titew/tew (nasib baik bukan Kuey-Tiaw)

Hahaha ! Macam sakai je kan ? Sebenarnya ada banyak lagi . Ada berpuluh-puluh lagi perkataan yang telah diubah suai menjadi 'canggih' . I will show it in next post .  Aku tak nafikan, dulu aku pun ada juga guna perkataan-perkataan macam ni . Masa tu aku tak berapa matang . Aku lebih suka dan selesa kalau guna bahasa 'skema' (eja penuh) . Ianya lebih menunjukkan kita matang berbanding guna ayat-ayat sakai macam kat atas ni . Aku pun tak tau lah mana datangnya stail ayat-ayat macam ni . Ini semua berdasarkan pengalaman aku . Okeyh guys, nantikan post terkini 'Bahasa Sakai-Cikai' . Selamat beramal semua .

* EYKL : Minta maaf sekiranya post ini membuatkan anda terasa . Penulis tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa . Tapi inilah realiti kehidupan sekarang*