SILA KLIK SALAH SATU TAB DI ATAS UNTUK PERGI KE BAHAGIAN YANG ANDA SUKA . ANDA JUGA DISARANKAN UNTUK MEMBUKA PAGE INI MELALUI MOZILLA FIREFOX UNTUK KUALITI YANG LEBIH BAIK. HOPE YOU ALL ENJOY THIS BLOG .

Congratulations, Chugha Haeyo

K H A M I S,  2 3  D I S E M B E R  2 0 1 0


     TAHNIAH diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 SMKPPI kerana telah cemerlang dalam PMR ! Seramai 9 orang telah mendapat 9A, 8 orang mendapat 8A dan 3 orang mendapat 7A . Satu pencapaian yang bagus . Tahniah diucapkan keyh . Korang cemerlang, mesti nak pindah ke tempat yang cemerlang gak kan ? So, mana-mana yang nak pindah tu, selamat jalan, jangan lupakan pula tempat dimana kejayaan kamu bermula . Jangan jadi kacang lupakan kulit . Yang mana stay kat sini, pon bagus .
     Kepada yang tidak berjaya mendapat keputusan yang diinginkan, terima saja keputusan yang korang dapat . Jangan bersedih, korang dah cuba sedaya upaya selama ini, cuma mungkin ada sedikit yang kurang atau tersilap . Anggaplah ini sebagai satu dorongan untuk korang berjaya pada masa hadapan . Kesulitan pada hari ini adalah untuk kesenangan hari esok . Ini semua suratan takdir . Pasrah dan redha okeyh . Jangan risau, korang ada lagi peluang nanti iaitu SPM, exam yang paling penting . Yang dah berlalu, biarkan berlalu pergi . Jangan toleh belakang dah . Pandang dan maju kehadapan . Maju ke masa depan . Now its time for all of you to begin a new challenge, new friends and new enviroment . Korang akan melangkah masuk ke alam Form 4 dimana Form 4 adalah tahun yang paling mencabar daripada sebelum ini . Percayalah cakap aku, sebab aku dah pun mengalaminya .
      Akhir kata, tahniah diucapkan sekali lagi kepada korang semua kerana telah mengharumkan nama SMKPPI . Selamat maju jaya kepada korang semua untuk melangkah masuk ke era SPM, the decicive one . Harapan aku kat kawan-kawan aku yang nak masuk form 4 nanti, aku harap kita still kawan lagi keyh walaupun ada yang akan berhijrah . Jangan sombong pula nanti . If nak sombong, bole terjun lombong . Kalau berubah pun biar la berubah ke arah kebaikan . Okey, wassalam ^^

 * EYKL : Ehem2 ! kalau ada yang berminat nak jadi pengawas koperasi tahun depan, cepat-cepat bagi nama kat cikgu Azizah . Jumlah terhad . (sempat lagi promote) *